DEMAM pilihan raya negeri (PRN) dah bermula. Enam buah negeri akan saksikan pertarungan hebat.
Khabarnya PRN kali ini akan jadi panas. Apakah Perikatan Nasional (PN) akan tawan Selangor, selain bagi pukulan KO pada PH-BN di tiga negeri lain?
Macam-macamlah spekulasi yang kita dengar. PH-BN juga nampak yakin bahawa gelombang PN akan dapat mereka kekang. Malah, mereka rasa ada peluang tawan Terengganu.
Nampaknya yang jadi sasaran adalah kawasan pengundi Melayu/Islam. Di situ jugalah banyak pihak akan guna sentimen kaum dan agama untuk pancing undi.
Jikalau dilihat daripada kempen PRU15 dulu, memang kali ini mungkin lebih dahsyat.
Oleh sebab itu, Awang junjung duli dua baginda sultan yang ingatkan orang politik agar jaga akhlak, tingkah laku dan jangan main sentimen kaum dan agama.
Sultan Selangor dan Sultan Terengganu ingatkan orang politik supaya undang-undang sentiasa dipatuhi.
Awang harap sangatlah orang politik yang main sentimen kaum dan agama ini, agar berhati-hati. Jangan main api.
Memang boleh menang pilihan raya tapi kesan masa depannya amat buruk sekali.
Soal hubungan kaum kita kena jaga. Begitu juga dalam menghormati agama lain.
Awang tahu adakalanya nasihat tak masuk dalam kepala sesetengah orang politik.
Klik di sini untuk terus membaca