SHAH ALAM - Pemimpin UMNO sedia untuk berdebat dengan pimpinan parti lawan sempena pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, debat itu adalah wajar memandangkan ia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO sedia untuk berdebat dengan pimpinan parti lawan sempena pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, debat itu adalah wajar memandangkan ia dapat memberi input pengetahuan lebih matang kepada para pengundi.

Ujarnya, isu urus tadbir merupakan perkara yang pasti menjadi tumpuan utama dalam perdebatan terutama melibatkan negeri pimpinan Pas.

"Antara yang boleh dibangkitkan adalah isu dakwaan pemberian tanah oleh kerajaan Terengganu kepada pimpinan parti tersebut.

"Persoalan lain yang boleh ditimbulkan termasuk isu banjir di negeri berkenaan sebelum ini. Kenapa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar boleh bercuti di luar negara sedangkan negeri berkenaan ditimpa musibah ketika itu?

"Juga tentang kegagalan urus tadbir mereka di Kelantan dan Kedah terutama isu air di sana serta bagaimana pimpinan parti itu boleh menikmati banyak kemewahan di saat rakyat sedang susah,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Akui Lokman, penglibatan beliau dalam perdebatan itu juga setidak-tidaknya dapat membantu mana-mana calon PRN yang berkredibiliti, namun tidak mempunyai kepetahan dalam berhujah.

"Tidak semua calon mampu berdebat. Ini kerana, pemilihan mereka berdasarkan kemampuan untuk berkhidmat dan buat kerja dengan baik serta kemampuan kewangan,” ujarnya.

Pada Selasa, Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN) mencadangkan debat terbuka di media arus perdana diadakan antara calon parti politik terutama pimpinan negeri dan nasional menjelang PRN nanti.

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal

Sementara itu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyerahkan keputusan kepada pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekiranya ingin mewakilkannya bagi perdebatan.

Jelas beliau, individu yang paling tepat untuk dipilih ialah calon PRN itu sendiri.

Wan Ahmad Fayhsal bagaimanapun berkata, debat PRN membuka daya keintelektualan dalam kalangan masyarakat.

"Pastinya aspirasi atau dasar Kerajaan Perpaduan akan menjadi tajuk perbincangan di dalamnya,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca