SHAH ALAM - Geram, marah itu antara reaksi seorang pengguna jalan raya apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM17,000 untuk baiki kenderaan miliknya gara-gara dilanggar penunggang motosikal lawan arus tiga tahun lalu.
Rosdi Lukman, 49, berkata, biarpun kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan terhadap dirinya, namun tragedi yang menimpa seorang penunggang Ducati Panigale baru-baru ini mengingatkannya terhadap kejadian yang menimpa dirinya sebelum ini.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dirinya memandu kenderaan jenis Proton X70 seorang diri berhampiran Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.
"Kejadian pada tahun 2020 itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi.
"Saya memandu keluar persimpangan menghala ke sebelah kiri menuju ke lebuh raya berdekatan secara tiba-tiba sebuah motosikal dari arah kiri datang terus melanggar bahagian sebelah kiri.
"Motosikal yang ditunggang secara melawan arus itu memberi alasan kononnya tidak nampak kenderaan saya, mujurlah tidak ada kecederaan serius berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Katanya, kenderaan yang dipandunya mengalami kerosakan teruk di bahagian kiri.
"Saya terpaksa menanggung kerugian lebih RM17,000 untuk menampung kos pembaikan bahagian yang rosak tersebut,” katanya.
Menurutnya, apabila mengetahui mengenai seorang penunggang Ducati maut gara-gara perbuatan lawan arus, membuatkan hatinya berasa panas dan geram.
"Harus diingat, perbuatan tidak bertanggungjawab yang kita lakukan, mereka di luar sana kehilangan ayah, suami atau anak sekali gus memberikan kesan kepada kehidupan keluarga mangsa,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca