TOKYO - Sekali pandang, gambar jarak dekat karya miniatur makanan dihasilkan Tomo Tanaka umpama hidangan sebenar. Walaupun bersaiz mikro, replika makanan dihasilkan artis miniatur dari Osaka, Jepun itu amat realistik kerana ia dihasilkan... Klik di sini untuk terus membaca

TOKYO - Sekali pandang, gambar jarak dekat karya miniatur makanan dihasilkan Tomo Tanaka umpama hidangan sebenar.

Walaupun bersaiz mikro, replika makanan dihasilkan artis miniatur dari Osaka, Jepun itu amat realistik kerana ia dihasilkan dengan penuh teliti dan terperinci.

Kebanyakan miniatur makanan dihasilkannya berskala 1:12 atau 1:24, cukup kecil untuk dimuatkan di hujung jari.

Dihasilkan daripada bahan seperti tanah liat dan resin epoksi, pelbagai variasi makanan seperti salad, burger keju sehinggalah susyi daging lembu panggang kelihatan cukup lazat untuk dijamah.

Maka, tidak hairanlah setiap miniatur makanan dihasilkan jejaka berusia 43 tahun itu mendapat pujian ramai termasuk daripada tukang masak dan cef profesional.

"Adalah lebih baik jika ia kurang garam,” ulas seorang cef mengenai foto hidangan ikan sanma yang berukuran kira-kira dua sentimeter lebar di Instagram.

Tanaka menghasilkan miniatur susyi yang menyerupai rupa hidangan sebenar.
Tanaka menghasilkan miniatur susyi yang menyerupai rupa hidangan sebenar.
Tanaka menghasilkan miniatur susyi yang menyerupai rupa hidangan sebenar.

Bagi Tanaka, maklum balas seperti itu adalah satu pengiktirafan buat dirinya, selain membuktikan setiap karya dihasilkannya sangat tepat dan kelihatan organik.

"Saya amat gembira apabila pakar dan peminat masakan memberi respons positif kepada setiap karya yang dihasilkan.

"Ia membantu saya belajar dan berkembang,” katanya yang telah menghasilkan pelbagai jenis miniatur sejak lebih dua dekad lalu.

Bercerita lanjut mengenai cinta mendalamnya terhadap dunia miniatur, Tanaka menjelaskan segala-galanya bermula ketika zaman kanak-kanak.

Gambar jarak dekat miniatur makanan dihasilkan Tanaka saling tidak tumpah seperti produk dalam tin yang sebenar.

Menurut Tanaka, semasa kecil dia sering membuat miniatur daripada karakter manga Dragon Quest.

"Karya Akira Torimaya itulah yang mencetuskan hobi mencipta miniatur dan saya mengambil masa bertahun-tahun untuk memperbaiki kemahiran,” katanya.

Kini Tanaka boleh berbangga dengan hasil karyanya apabila namanya dikenali di seluruh negara Matahari Terbit, malah turut menjadi sebutan di luar negara.

Gambar jarak dekat miniatur makanan dihasilkan Tanaka saling tidak tumpah seperti produk dalam tin yang sebenar.

Setiap miniatur makanan dihasilkan Tanaka diletakkan di bawah jenama sendiri iaitu Nunu's House yang mengambil bunyi nounours yang bermaksud patung beruang dalam bahasa Perancis.

Tanaka turut mengarang empat buku berjudul The Selected Miniatures of Tomo Tanaka yang menampilkan ciptaannya dan diterbitkan secara bersiri. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca