SHAH ALAM - Keputusan mahkamah memerintahkan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada parti itu wajar dijadikan teladan kepada semua pemimpin politik agar tidak sesekali melanggar perjanjian ditetapkan.
Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, setiap ahli politik di negara ini juga perlu memahami dan mematuhi setiap syarat ditetapkan parti mereka.
Menurutnya, perjanjian ditetapkan dalam sesebuah parti juga merupakan asas penting bagi mengekalkan disiplin, memupuk kepercayaan rakyat dan mencapai tujuan politik yang telah ditetapkan bersama.
"Sebagai seorang ahli politik di Malaysia, suatu kewajipan yang tidak dapat dipisahkan adalah untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh parti diwakili mereka.
"Kepatuhan terhadap segala syarat tersebut adalah penting dalam memastikan integriti, disiplin dan amanah dalam parti politik, serta menjunjung tinggi nilai-nilai demokrasi dan keadilan.
"Jadi, saya melihat tindakan perintah mahkamah tersebut menjadi pengajaran sangat besar kepada semua ahli politik lain agar sentiasa berbakti kepada parti yang telah dipilih,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Hussain Yusri berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Zuraida itu juga penting untuk difahami bahawa ahli politik yang tidak mematuhi syarat parti mungkin berdepan tindakan undang-undang.
"Ia secara tidak langsung juga bertujuan untuk memastikan bahawa wakil rakyat dipilih secara demokratik benar-benar menghormati prinsip-prinsip dan nilai-nilai parti politik yang mereka sertai, serta melaksanakan tugas mereka dengan penuh integriti, kepercayaan dan akauntabiliti,” katanya.
Klik di sini untuk terus membaca