AWANG nak ucapkan tahniah kerana pelantikan Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara yang baharu dan Tuk Seri Ayob Khan sebagai timbalannya.
Terlalu awal Awang nak bagi label supercops pada mereka. Biarlah mereka beraksi dulu.
Namun, Awang memang angkat topi pada mereka berdua. Mereka ada integriti dan tunjuk tahap profesionalisme yang tinggi. Lebih-lebih lagi mereka tegas dalam soal tatalaku dan disiplin.
Awang percaya negara akan lebih selamat di bawah kawalan mereka. Segala macam sindiket, kartel, penjenayah tegar, scammers, juga terrorist akan mereka buru.
Awang cuma ada satu harapan. Aspek kawalan keselamatan jalan raya kita agak lemah. Polis trafik kena buat operasi besar-besaran tangani isu ini.
Jika kita tengok macam mana pengguna jalan raya tak hormat lampu isyarat pun kita dah tahu. Terutamanya pengguna motosikal. Nampaknya keadaan ini semakin buruk.
Kes pemandu lawan arus pun semakin menjadi-jadi. Khabarnya sepanjang tahun ini sahaja terdapat 1,350 kes kejadian lawan arus menyebabkan 37 kematian.
Puncanya mudah, jika mereka rasa boleh langgar lampu merah, lawan arus pun tak jadi salah.
Klik di sini untuk terus membaca