BUKANLAH Awang pandai sangat hal agama. Tapi ada masanya Awang tertanya-tanya juga apakah hukum memfitnah dan menyebarkan berita palsu? Apa lagi jika yang buat demikian ialah orang kononnya jadi ahli parti guna label Islam? Dalam kes... Klik di sini untuk terus membaca

BUKANLAH Awang pandai sangat hal agama. Tapi ada masanya Awang tertanya-tanya juga apakah hukum memfitnah dan menyebarkan berita palsu? Apa lagi jika yang buat demikian ialah orang kononnya jadi ahli parti guna label Islam?

Dalam kes terbaharu, muncul poster digital ucap tahniah pada Ahli Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok bahawa beliau jadi Pengerusi Felda gantikan Tan Sri Idris Jusoh.

Maka hangatlah netizen memperkatakannya. Macam biasalah musuh PH akan kata, kerajaan tak sensitif. Lantik bukan Melayu sebagai Pengerusi Felda. Dan lebih teruk lagi seseorang daripada DAP. Felda terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa itu tidak benar.

ADUN Pas berkenaan kemudiannya memohon maaf secara terbuka kerana membuat hantaran palsu. Katanya, hantaran itu adalah daripada pihak pentadbir (admin) akaun medianya. Tapi kata orang putih, damage done.

Awang geli hati juga apabila Teresa sendiri menyindir ADUN berkenaan supaya lebih berhati-hati. Beliau mengingatkan tentang dosa dari segi agama jikalau berbuat demikian.

Ini bukan pertama kali hal seperti ini berlaku. Banyak yang main lontar tuduhan kemudian minta maaf. Mereka tak fikir implikasi perbuatan mereka. Mereka tak peduli kerosakan yang dibuat.

Agaknya nak menang pilihan raya kaedah menghalalkan cara walaupun bertentangan dengan tuntutan Islam.

Klik di sini untuk terus membaca