SHAH ALAM - Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap tuntutan saman RM10 juta oleh parti itu terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin adalah merupakan satu taktik... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap tuntutan saman RM10 juta oleh parti itu terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin adalah merupakan satu taktik balas dendam.

Haniza Mohamed Talha yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita PKR berkata, tindakan saman itu tidak munasabah kerana beliau mendakwa semua ahli Parlimen yang menerima tuntutan tersebut dipecat dan bukannya keluar parti.

"Saya tidak keluar daripada parti tetapi dipecat dan begitu juga yang lain. Mereka mengambil tindakan yang tidak dipersetujui parti lalu dibuang sekitar tiga tahun lalu.

"Ya, memang parti boleh mengenakan peraturan apa sahaja yang mereka kehendaki tetapi tindakan tersebut mestilah adil dari semua aspek. Siapalah parti tanpa ahli-ahli yang memperjuangkannya dari dulu?” katanya kepada Sinar Premium.

Haniza yang juga bekas ADUN Lembah Jaya sudah menerima surat tuntutan saman dengan jumlah yang sama dikenakan terhadap Zuraida.

Namun, beliau tidak menyangka perkara tersebut akan diterima mahkamah kerana ia merupakan kes dalaman parti.

"Saya menerima surat dari mahkamah sekitar tahun 2020 yang mengatakan PKR akan membuat tuntutan saman sebanyak RM10 juta.

"Saya agak terkejut perkara ini dibawa ke mahkamah kerana Akta Pertubuhan 1966 telah menyatakan mahkamah tidak boleh memutuskan sebarang perkara atau ketetapan yang tidak termasuk di dalam perlembagaan parti.

"Selain itu, enakmen Akta Anti Lompat Parti juga belum dilaksanakan semasa kejadian itu berlaku,” jelasnya.

Menyingkap kembali kisah ketika dibuang parti, Haniza berkongsi, ia suatu pengalaman yang tidak perlu dikesali namun mengambilnya sebagai pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan.

"Sekiranya kita tidak nampak lagi perjuangan asal untuk menegakkan keadilan, tiada guna untuk kekal di dalam parti itu. Jika parti bertindak untuk membuang ahlinya, mengapa kita harus merangkak memohon peluang?

"Selepas menerima surat saman itu, saya terus merujuk peguam dan bersedia mempertahankan diri terhadap tuduhan dibuat,” tegasnya.

Klik di sini untuk terus membaca