SHAH ALAM - Ramalan pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk menewaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan datang hanya sekadar angan-angan sahaja.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu pada hakikatnya mempunyai sokongan yang tinggi dari kalangan rakyat negeri tersebut.
"Beliau sebenarnya cukup memahami aspirasi pengundi di kawasan luar bandar khususnya di Kedah selain memiliki karakter yang berani dan tegas serta benar-benar mempertahankan kepentingan negeri berkenaan. Ini tiada siapa dapat menafikannya.
"Sanusi juga mempunyai visi yang jelas tentang pembangunan Kedah terutama di daerah Kulim. Ya, mungkin dia tidak sempurna tetapi yang pasti beliau mempunyai kekuatan yang tidak ada pada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka (PH dan BN) boleh cuba untuk kalahkan beliau. Tidak salah untuk berimaginasi,” ujarnya sinis kepada Sinar Harian pada Ahad.
Muhammad Sanusi merupakan Menteri Besar Kedah yang ke-14 dilantik pada 17 Mei 2020 susulan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berikutan kehilangan undi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Klik di sini untuk terus membaca