TIDAK timbul isu pemimpin Barisan Nasional (BN) boikot Jelajah Mega Madani Selangor anjuran Pakatan Harapan (PH) kerana kurang berpuas hati dengan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal ditandingi mereka pada Pilihan Raya... Klik di sini untuk terus membaca

TIDAK timbul isu pemimpin Barisan Nasional (BN) boikot Jelajah Mega Madani Selangor anjuran Pakatan Harapan (PH) kerana kurang berpuas hati dengan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz menegaskan, isu ketidakhadiran pemimpin BN ke jelajah berkenaan pada Sabtu malam tidak wajar diperbesarkan.

Beliau berkata, mereka tidak dapat hadir kerana tiada perbincangan awal dibuat antara wakil PH dan BN negeri mengenai pengisian program yang sepatutnya dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan itu, Johan berkata, beliau dan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin memang sudah memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa mereka tidak akan hadir ke program berkenaan kerana menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali-15 Badan Amal Kasih Negeri Selangor di ibu negara, pada Sabtu lalu.

"Isu ketiadaan pemimpin BN hadir ke Jelajah Mega Madani Selangor tiada kaitan dengan boikot PH kerana program berkenaan dibuat tanpa berunding dengan kami. Ibarat kita mahu buat kenduri besar-besaran, mestilah dirancang dengan rapi dan dibincangkan dengan teliti oleh pihak berkepentingan.

"Jadi apabila tiada perbincangan awal mengenai pengisian maka kami menganggap program berkenaan tidak penting dan hanyalah pelancaran jentera PH semata-mata serta tiada kaitan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Premium pada Ahad.

Johan berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ketiadaan wakil BN menghadiri Jelajah Mega Madani Selangor anjuran PH di sini pada Sabtu malam yang menimbulkan tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan pemerhati politik.

Mengulas lanjut, Johan menjelaskan isu pembahagian kerusi antara BN-PH bukan penyebab utama Presiden UMNO, Pengerusi BN Selangor dan beliau sendiri tidak hadir ke program berkenaan kerana perkara itu kini sedang diperhalusi oleh pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua koalisi.

Malah, Johan berkata, isu berkenaan dijangka selesai apabila pucuk pimpinan tertinggi dan Majlis Presiden PH-BN mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan segala pertikaian yang timbul sebelum ini.

"Pemimpin tertinggi PH-BN juga akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan strategi bakal digunakan untuk menghadapi kempen dan isu bakal dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam PRN nanti,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) disambut oleh penyokong PH semasa perasmian Jelajah Mega Madani Selangor, di di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam Ahad lalu. - Sumber FB MB

SIGNAL ISU AGIHAN KERUSI?

Dalam pada itu, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin dalam satu kenyataan pada Ahad mengesahkan bahawa BN Selangor tidak terbabit dalam Jelajah Mega Madani Selangor yang diadakan PH itu.

Megat Zulkarnain berkata, beliau tidak hadir kerana tiada pelancaran jentera pilihan raya BN bersama PH pada program itu.

"Saya diberitahu Jelajah Mega Madani adalah program anjuran PH membabitkan ceramah politik dan pelaksanaannya di bawah sekretariat PH, jadi BN memang tidak terbabit,” katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau tidak menolak kemungkinan BN tidak menghantar wakil ke pelancaran Jelajah Mega Madani Selangor kerana majlis berkenaan dianjurkan PH bukannya program bersama membabitkan kedua-dua koalisi terbabit.

Menurutnya, PH-BN juga perlu segera mencari titik persamaan dan menyelesai isu salah faham dan perang dingin antara kedua-dua kerana DUN Selangor sudah dibubarkan pada Jumaat lalu dan PRN akan diadakan dalam tempoh tidak sampai 60 hari dari sekarang.

"Saya difahamkan UMNO tidak berpuas hati kerana mereka diberikan jumlah kerusi terlalu sedikit berbanding 14 kerusi dimohon daripada PH.

"Saya juga nampak BN dijangka menghadapi masalah di Selangor dalam PRN nanti kerana dilihat kurang bersedia berbanding Perikatan Nasional (PN) yang nampak lebih bersedia, malah pengagihan kerusi antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga tidak mempunyai masalah kerana mereka saling bertolak ansur,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua (Strategi) Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway, Profesor Wong Chin Huat pula berkata, biarpun ketidakhadiran pemimpin BN bukan petanda baik, namun akhirnya penyokong kedua-dua koalisi terpaksa akur dan saling bekerjasama bagi mengekalkan status quo kerajaan negeri Selangor.

Chin Huat menjelaskan jika penyokong dan pemimpin PH-BN terus berpecah, maka kedua-dua koalisi berkenaan akan dihukum oleh pengundi dalam PRN nanti di bawah First-Past-The-Post.

"Mungkin mengambil masa seminggu untuk diselesaikan tetapi akhirnya mereka akan mencapai persetujuan pembahagian kerusi kerana tiada pilihan lain untuk menang PRN nanti,” katanya.

ELAK KETEGANGAN

Bagaimanapun, penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali tidak menolak kemungkinan wakil BN tidak hadir program berkenaan kerana mereka kurang berpuas hati dengan agihan kerusi antara PH-BN di Selangor.

Berikutan itu, PH wajar memberikan kerusi tambahan kepada UMNO di Selangor bagi mengurangkan ketegangan dan rasa tidak puas hati penyokong UMNO-BN, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang menjelang PRN nanti.

"PH nampak terlalu dominan di Selangor. Justeru, ada kemungkinan UMNO pun mahu peranan lebih wajar di negeri ini,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca