SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dijangka membuat percaturan baharu melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, bagi Menteri Besar di lima negeri lain seperti Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan kekal bertanding di kawasan masing-masing.
Menurut Mohammad Tawfik, ia adalah strategi PH dalam memastikan Aminuddin menang pada PRN nanti.
Katanya, PH akan meletakkan Aminuddin di tempat yang lebih selamat memandangkan parti itu masih tidak mempunyai pelapis atau orang baharu untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar.
"Saya lihat hanya Negeri Sembilan sahaja yang mungkin akan berhadapan dengan perubahan kerusi Menteri Besar. Aminuddin mungkin akan cari kerusi yang lebih selamat.
"Lima negeri lain tidak berhadapan dengan sebarang masalah kerana kawasan ditandingi Menteri Besar merupakan kubu kuat bukan sahaja melibatkan parti tetapi individu itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak keberangkalian parti gabungan Kerajaan Perpaduan mampu mengalahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ditanya apakah jangkaan saingan di enam kerusi DUN diwakili Menteri Besar, Mohammad Tawfik berpendapat, Negeri Sembilan akan berhadapan persaingan sengit bagi mana-mana kerusi yang dipertandingkan.
"Politik di sana sangat berbeza dan saya menjangkakan kemerosotan jumlah undi akan dialami oleh PH disebabkan penolakan kerjasama antara PH dan BN yang tidak disenangi oleh akar umbi.
"Kita dapat lihat apa yang berlaku di Melaka, apabila orang Melayu yang berpegang kuat kepada adat kemudiannya nilai-nilai itu dirombak atau diganggu ia akan menjejaskan sokongan mereka apatah lagi rakyat Negeri Sembilan masih berpegang kuat pada adat pepatih,” jelasnya.
Klik di sini untuk terus membaca