SHAH ALAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan secara purata setiap individu boleh menggunakan air sebanyak 165 liter sehari, kata Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran. Jelas beliau,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan secara purata setiap individu boleh menggunakan air sebanyak 165 liter sehari, kata Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran.

Jelas beliau, tarif air untuk 20 meter padu pertama (20,000 liter) di negara ini adalah yang paling murah, namun seseorang boleh menggunakannya kurang lima meter padu sebulan.

Beliau turut menyarankan agar orang ramai mandi kurang daripada 15 minit dan tutup pancuran apabila menyabun bagi menjimatkan air.

"Jika anda mandi selama 15 minit dengan aliran air yang sederhana, anda boleh menjimatkan lebih 93 liter air setiap kali mandi. Bagi sebuah keluarga dengan empat ahli, ini akan dapat mengurangkan penggunaan air sekurang-kurangnya 11,160 liter sebulan.

"Cara lain melakukan penjimatan antaranya menggunakan gelas untuk berkumur selepas menggosok gigi, hanya perlu tiga liter air untuk menyimbah selepas buang air kecil dan enam liter air selepas buang air besar, serta menggunakan besen atau baldi untuk membasuh baju,” katanya.

Tarif air pengguna domestik 2023

NEGERI HARGA

Johor 80 sen setiap 1,000 liter

Melaka 70 sen

KL/Selangor 57sen

Negeri Sembilan 55 sen

Kedah 50 sen

Kelantan 45 sen

Terengganu 42 sen

Perlis 40 sen

Pahang 37 sen

Perak 30 sen

Pulau Pinang 22 sen

Purata kadar air yang dibayar pengguna domestik bagi setiap 1,000 liter adalah 52 sen berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Singapura yang hampir mencecah RM4 dan Filipina kira-kira RM2.

Berdasarkan maklumat dalam Malaysia Water Industry Guide (MWIG) 2018, purata kos merawat dan mengagih setiap 1,000 liter air kepada pengguna domestik adalah RM2.31 namun purata harga yang dibayar pengguna untuk setiap 1,000 liter air bagi 20,000 liter pertama adalah 52 sen sahaja.

Sebagai perbandingan, satu botol air mineral yang bersaiz 1.5 liter berharga kira-kira RM2.50 sedangkan air paip terawat dalam botol saiz yang sama untuk 1,000 botol kos kesemuanya adalah 78 sen sahaja.

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Klik di sini untuk terus membaca