SHAH ALAM - Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang membuktikan parti itu adalah proksi kepada pihak lain.
Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpandangan, tindakan Muda terutama Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu seakan mahu menumpang undi Pakatan Harapan (PH) seperti yang pernah dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan PRN Johor.
"Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air) pernah jadi proksi sebelum ini. Muda juga menang satu kerusi pada PRU15 dan satu kerusi PRN Johor 2022.
Pada Selasa Sinar Harian melaporkan Muda mengumumkan untuk bertanding pada PRN di enam negeri dengan kekuatan sendiri susulan situasi dua blok politik utama yang dilihat tidak mencukupi.
Dalam pada itu Ahmad Fauzi berkata, hubungan Muda dan PH selepas PRN kelak dijangka menjadi sukar dan parti baharu itu perlu berdiri sendiri demi kelangsungannya.
"Apa yang pasti, jika berlaku pertembungan Muda dan parti lain termasuk PH dalam PRN nanti, Muda akan berpatah arang berkerat rotan dengan PH.
"Harapan untuk mendapat kerusi untuk ditandingi dalam nada kerjasama dengan PH pada masa depan adalah kosong.
"Sedangkan parti Pejuang dengan pemimpin seperti Dr Mahathir ‘dilanyak’ cukup-cukup dalam PRU15, survival Muda dalam realiti politik Malaysia dengan dikotomi blok multicultural dan blok etno-nasionalisme Melayu amat tipis,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca