AWANG tertarik juga dengan kenyataan Tan Sri Khalid Yunus bahawa Tuk Seri PM masih berlagak sebagai aktivis politik. Patutnya dia mencerminkan diri sebagai PM.
Awang tertanya-tanya juga apakah maksud Khalid. Apakah bila dah jadi PM, Anwar kena tukar imej serta-merta?
Apakah seorang PM tak boleh kelihatan macam aktivis politik?
Siapapun yang kenal Anwar tahu Anwar memang begitu dulu, kini dan mungkin selamanya.
Sebagai PM dia ada peranan lebih besar. Bukan macam jadi pemimpin gerakan pelajar atau jadi Ketua Pembangkang.
Kata orang semangat aktivisme dalam dirinya masih kuat, masih menggelegak. Jadi apabila dia PM ternampaklah hal itu pada dirinya.
Pada pandangan Awang bagus sangat dikekalkan semangat itu. Dia akan lebih dekat dengan rakyat, lebih faham suara rakyat dan akan bela kepentingan rakyat.
Mungkin kita belum pernah ada PM dari kalangan aktivis pelajar sebelum ini. Yang lain sebelum ini dari jalur politik semata-mata tapi yang ini bermula sebagai pejuang di jalanan. Tentulah lain stail, kata orang.
Moga-moga banyak baiknya pengalaman itu dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat.
Klik di sini untuk terus membaca