AWANG kadangkala rasa pelik juga cara sesetengah pegawai kerajaan bekerja. Mungkin niat mereka baik. Tak ada agenda tersembunyi. Boleh jadi juga ini amalan lama yang sudah sebati. Besar kemungkinan juga budaya lama yang jadi ikutan. Apa... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG kadangkala rasa pelik juga cara sesetengah pegawai kerajaan bekerja. Mungkin niat mereka baik.

Tak ada agenda tersembunyi.

Boleh jadi juga ini amalan lama yang sudah sebati. Besar kemungkinan juga budaya lama yang jadi ikutan.

Apa yang berlaku di Sabah baru-baru ini tentulah memeranjatkan banyak pihak. Tapi rupanya itu amalan biasa khabarnya.

Sudah tentu Tuk Seri Wan Azizah atau Kak Wan tak tanya plat kereta tu. Beliau pun tentu tak minta plat macam itu.

Macam yang diduga foto kereta itu jadi tular. Musuh-musuh PM bukan main riuh rendah dalam media sosial pasal itu. Ada yang kata masa zaman Datin Seri Rosmah Mansor (Kak Mah) pun hal itu tak berlaku. Ada yang tuduh Kak Wan lebih mengada-ngada dari Kak Mah.

Hal semacam ini tak patut berlaku. Kerajaan negeri patut hapuskan amalan semacam ini. Ia hanya menyebabkan kesulitan pada Kak Wan. Kesian dia, tak pasal-pasal jadi bahan serangan yang dia tak tahu menahu puncanya.

Yang tukang balun pun berfikir dua kalilah sebelum nak balun macam tu. Ini Kak Wan. Bukan jenis nak mengada-ngada dan nak berlebih-lebih.

Klik di sini untuk terus membaca