SHAH ALAM - Biarpun Pas diperuntukkan jumlah kerusi paling banyak iaitu 126 daripada 245 kerusi oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak, ia tidak bermakna parti itu kini dianggap 'abang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Biarpun Pas diperuntukkan jumlah kerusi paling banyak iaitu 126 daripada 245 kerusi oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak, ia tidak bermakna parti itu kini dianggap 'abang besar' dalam koalisi pembangkang berkenaan.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tidak timbul soal Pas mahu menjadi abang besar atau memonopoli PN walaupun mereka memperoleh kerusi terbanyak berbanding parti komponen lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendapat 83 kerusi atau Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebanyak 36 kerusi.

Ini kerana Khairil Nizam menegaskan, proses pembahagian kerusi antara Pas, Bersatu dan Gerakan dimuktamadkan secara telus, adil dan sebulat suara oleh pucuk pimpinan tertinggi PN dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kekuatan setiap parti di kerusi terbabit.

Tambahnya, rundingan pembahagian kerusi pilihan raya di antara komponen PN turut mengambil kira soal jumlah kerusi disandang Pas lebih banyak berbanding Bersatu dan Gerakan di enam negeri yang bakal menghadapi PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Jadi tidak timbul isu Pas mahu memonopoli kerusi pada PRN kali ini kerana kami bukan seperti Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang sentiasa bergaduh sepanjang masa demi berebut kerusi.

"Alhamdulillah, proses pembahagian kerusi antara Pas, Bersatu dan Gerakan berlangsung secara aman, harmoni dan kini sudah selesai sepenuhnya. Kita hanya menunggu masa sesuai untuk mengumumkan senarai nama calon PRN," katanya kepada Sinar Premium.

Muhyiddin (tengah) melafazkan ikrar jentera pilihan raya PN Pulau Pinang.
Muhyiddin (tengah) melafazkan ikrar jentera pilihan raya PN Pulau Pinang.
Muhyiddin (tengah) melafazkan ikrar jentera pilihan raya PN Pulau Pinang.

Sebelum ini, media melaporkan PN memuktamadkan rundingan kerusi dan mengesahkan bertanding di semua 245 kerusi DUN pada PRN di enam negeri akan datang termasuklah 83 kerusi DUN bakal ditandingi Bersatu, Pas (126 kerusi), Gerakan (36 kerusi).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, sebanyak 64 kerusi DUN yang ditandingi Bersatu adalah kerusi bukan penyandang iaitu kerusi yang disandang parti lain, manakala Pas bertanding 50 kerusi.

Bekas Perdana Menteri itu juga mengesahkan PN kini sedang di peringkat akhir untuk memurnikan manifesto PRN dengan perkara itu bakal diumumkan di peringkat negeri kelak.

Muhyiddin (tengah) semasa merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional.

Muhyiddin menjelaskan PN akan bertanding menggunakan lambang 'bulan' atau Pas di Kelantan dan Terengganu manakala empat negeri lagi akan menggunakan logo PN, seperti diguna pakai semasa PRU15 lalu.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berpandangan Pas wajar memperoleh jumlah kerusi lebih banyak kerana mereka adalah sebuah parti kuat dan mempunyai bilangan ahli akar umbi melebihi sejuta orang di seluruh Malaysia terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mazlan

Katanya, keputusan terkini PN itu turut menunjukkan Pas adalah sebuah parti berpengaruh dengan koalisi itu mengiktiraf peranan dan sumbangan penting Pas dalam memenangkan sebilangan besar kerusi majoriti Melayu pada PRU15.

"Pas juga mempunyai peluang cerah untuk menang banyak kerusi DUN di Selangor dan kawasan Seberang Prai, Pulau Pinang dalam PRN nanti," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca