JAVARI - [DIKEMAS KINI] Di kawasan terpencil di Amazon Brazil yang menjadi rebutan nelayan haram, pemburu, pembalak dan penjenayah dadah, penduduk asli di kawasan tersebut telah mengambil inisiatif untuk mempertahankan tanah dan sumber... Klik di sini untuk terus membaca

JAVARI - [DIKEMAS KINI] Di kawasan terpencil di Amazon Brazil yang menjadi rebutan nelayan haram, pemburu, pembalak dan penjenayah dadah, penduduk asli di kawasan tersebut telah mengambil inisiatif untuk mempertahankan tanah dan sumber alamnya.

Dengan hanya bersenjatakan busur, anak panah dan tombak, sekumpulan pemuda dari kampung Sao Luis meronda di Sungai Javari dengan menggunakan bot motor di lembah yang sama.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ‘Pahlawan Hutan’ pewaris yang mempertahankan hak-hak orang asli seperti pembela masyarakat peribumi Bruno Pereira yang dibunuh di Lembah Javari setahun yang lalu bersama wartawan British, Dom Phillips.

Etnik Kanamari berkumpul di kampung Sao Luis di Lembah Javari, di barat laut Amazon.

"Kami mesti dalam keadaan bersedia untuk menghadapi perkara buruk. Namun, kami juga tidak mahukan kekerasan,” kata Lucinho Kanamari, wajahnya dilukis merah dan menegaskan senjata tradisional tersebut hanyalah ‘langkah berjaga-jaga.’

"Ketika kami melihat penceroboh, salah seorang daripada kami akan berbincang dengan mereka. Yang lain akan berada di belakang, bersiap sedia jika ada masalah berlaku.

"Kami di sini untuk mengajar, bertindak sebagai penghalang. Kami berbincang dan memberi penjelasan,” katanya kepada AFP.

Lucinho adalah anggota suku Orang Asli Kanamari, salah satu daripada enam suku orang asli di Lembah Javari yang menjadi tempat perlindungan orang asli kedua terbesar di Brazil.

Tambah Lucinho, 'Pahlawan Hutan' yang meronda di kawasan itu sememangnya gentar dengan kehadiran nelayan haram yang mencari ikan pirarucu, salah satu ikan air tawar terbesar di dunia yang isinya dianggap sebagai hidangan istimewa yang sangat mahal.

ANCAMAN KUMPULAN PENJENAYAH

Bukan hanya nelayan haram yang menjadi perhatian 'Pahlawan Hutan.

Terdapat juga kumpulan penyeludup dadah yang menanam tanaman koka di tepi sungai di kawasan Peru dan pada bulan April, pembalak mengancam akan membunuh ketua suku Kanamari.

Ancaman bunuh itu memaksa ketua suku Kanamari melarikan diri.

Susulan pencerobohan yang berterusan, 'Pahlawan Hutan' telah membina dua pondok peninjau terapung di sungai berhampiran kampung mereka di Sao Luis.

Bagaimanapun, salah sebuah pondok kayu tersebut telah diserang.

Tugas 'Pahlawan Hutan' sangat berat dan berbahaya ditambah pula dengan sumber yang terhad.

Ketua komuniti Kanamari di Sao Luis, Mauro da Silva Kanamary.

Kumpulan ini hanya memiliki dua bot motor dan bahan bakar yang sedikit.

Difahamkan, ‘Pahlawan Hutan’ berusaha menghindari konflik yang melibatkan kekerasan dan dalam situasi tegang, mereka berundur dan kembali ke dalam hutan.

Tanpa kehadiran pasukan kerajaan di kawasan itu, 'Pahlawan Hutan' Sao Luis bekerjasama dengan kumpulan Orang Asli lain yang dikenali dengan singkatan EVU – satu unit komando yang diikat dengan Univaja.

Difahankan, Pereira membantu mewujudkan EVU sebelum pembunuhannya.

Ahli-ahli EVU yang terdiri daripada kira-kira 30 orang, dilengkapi dengan bot motor, GPS, dron, telefon dan internet satelit, sebahagian besar dibiayai oleh penderma persendirian.

TIDAK MEMBAWA SENJATA API

Sukarelawan EVU dari pelbagai komuniti di Lembah Javari menjalani latihan dikendalikan NGO dan pakar keselamatan dalam "cara untuk campur tangan, membuat kajian, menyita peralatan atau bot,” jelas pengasas bersama EVU, Cristobal Negredo Espisango yang juga dikenali sebagai Tatako.

Menurut koordinator Univaja, Bushe Matis, EVU tidak ‘menggantikan peranan pihak berkuasa atau badan beruniform.’

"Kami memantau, mengumpul maklumat dan bukti serta menyampaikannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

"Selepas itu biar pihak berkuasa menjalankan tugasnya," ujar Matias.

Sejak penubuhan EVU, ramai ahli kumpulan itu telah menerima ancaman.

"Saya diancam akan dibunuh. Sudah tentu saya takut, tetapi tidak ada pilihan lain.

"EVU adalah satu-satunya organisasi yang benar-benar melawan jenayah terancang di Lembah Javari,” tambahnya.

JANJI PRESIDEN

Dengan kembalinya Luiz Inacio Lula da Silva, seorang pemimpin berhaluan kiri ke tampuk pemerintahan, ramai penduduk di Amazon berharap bantuan akan segera tiba.

Baru-baru ini, semasa Brazil menyambut ulang tahun pembunuhan Pereira dan Phillips, Lula berjanji untuk sama-sama berjuang mempertahankan Amazon.

"Kita berjuang untuk menghidupkan semula dasar-dasar perlindungan terhadap Orang Asli dan Amazon,” katanya. - AFP

Keselamatan dan masa depan kanak-kanak orang asli di Lembah Javari diancam dengan kehadiran kumpulan penjenayah di hutan Amazon.

Klik di sini untuk terus membaca