SEPANJANG masa, parti DAP menganggap Tun Dr Mahathir sebagai musuh politik melainkan pada tempoh penubuhan Pakatan Harapan 1.0 dari 2017 sehingga 2020 sewaktu Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyebabkan... Klik di sini untuk terus membaca

SEPANJANG masa, parti DAP menganggap Tun Dr Mahathir sebagai musuh politik melainkan pada tempoh penubuhan Pakatan Harapan 1.0 dari 2017 sehingga 2020 sewaktu Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menyebabkan pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional – Barisan Nasional.

Walaupun kebanyakan masa Tun M dan DAP adalah bertentangan dalam arena politik, namun taktik yang digunakan oleh mereka adalah sama, iaitu mengaitkan unsur-unsur kaum.

Minggu ini, Tun M telah mengeluarkan beberapa kenyataan politik ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri beberapa buah negeri dan Piliharaya Negeri bakal diadakan.

Beliau menyatakan bahawa beliau "akan aktif menyokong gerakan Melayu yang mahukan hak mereka di negara ini. Mereka takut negara ini menjadi negara orang lain dan tidak menjadi Tanah Melayu.”

Politik yang melibatkan kaum bukanlah satu perkara baru di tanah air.

Daripada pemerhatian saya, sewaktu Tun M berada di keadaan politik yang lemah, maka beliau akan mengundangkan isu-isu yang merendahkan kaum bukan Melayu, menakutkan kaum Melayu, seolah-olah beliau dan partinya yang berkemampuan untuk meningkatkan status Melayu Bumiputra.

Taktik ini adalah senang untuk mendapatkan perhatian dan sokongan. Lagipun, taktik sebegini tidak memerlukan sumber yang tinggi, hanya penyusunan ayat dalam kenyataan mahupun ucapan. Apakah kesusahan untuk melaungkan keagungan kaum sendiri dengan kata-kata yang menindas kaum lain?

Begitu juga sama dengan DAP sebelum dapat menubuh kerajaan pusat.

Sejak penubuhan DAP dari 60-an, prinsip utama parti tersebut adalah " Malaysia untuk orang Malaysia/ Malaysia for Malaysian”. Slogan ini telah menjadi perangsang utama buat kaum bukan Melayu untuk menuntut hak kesamarataan sebagai " warga Malaysia”.

Selama ini, pemimpin-pemimpin DAP seringkala menuduh MCA sebagai "Pengkhianat Bangsa Cina” atas kegagalan untuk memenuhi tuntutan masyarakat Cina di Malaysia.

Antaranya, kegagalan untuk mengiktiraf UEC (Skima Peperiksaan Menengah setaraf SPM yang berasaskan Bahasa Mandarin), kegagalan untuk memberikan peruntukan sistematik kepada sekolah vernakular, kegagalan untuk mempertahankan kaum minoriti daripada polisi-polisi yang dikatakan "menindas” kaum bukan bumiputra.

Ada juga penyokong-penyokong DAP yang mengelar MCA sebagai "Penjual Cina” ekoran tuduhan chauvanis selama berpuluh-puluh tahun. Setelah generalisasi media sosial pada tahun 2005, emosi masyarakat Cina terhadap MCA kian menjatuh ekoran taktik sebegini.

Taktik-taktik ini hanya senang diguna pakai sewaktu DAP berada di barisan pembangkang. Adalah senang untuk mengunakan taktik ini untuk memprovokasikan emosi sesebuah kaum.

Namun, ini tidak akan terlaksana sekiranya menjadi kerajaan, kerana polisi-polisi kerajaan hendaklah memenuhi permintaan majoriti rakyat Malaysia secara seimbang, dan bukannya menyasar khas terhadap kaum-kaum tertentu sahaja.

Seperti MCA, DAP juga gagal mengiktiraf UEC, gagal memberikan peruntukkan sistematik kepada sekolah vernakular dan sebagainya sepertimana mereka menuduh MCA.

Lagipun, tuduhan utama mereka terhadap MCA adalah bahawa MCA bersekongkol dengan UMNO untuk menindas kaum Cina. Kini, DAP pula dilihat sebagai parti yang mempertahankan UMNO demi kestabilan kerajaan perpaduan. Peranan MCA dalam Barisan Nasional sebagai pengimbang UMNO pula diperendahkan.

Saya percaya bahawa politik yang berunsurkan kaum masih ada pasaran di Malaysia selagi kita tidak menjalinkan hubungan yang erat dari segi rohaniah antara kaum.

Namun, saya juga yakin bahawa dengan peningkatan tahap pendidikan dan kematangan politik di kalangan rakyat Malaysia, nescaya dapat kita ketepikan unsur-unsur kaum dalam politik, dan fokuskan dalam perkembangan sosio-ekonomi pada masa hadapan.

* Tai Zee How, juga dikenali sebagai YouTuber Apek Cina, ialah seorang peguam dan pemerhati politik.

Klik di sini untuk terus membaca