ADA yang anggap Tionglah wira sebenar. Beliau berani tampil membuat dakwaan terbuka masalah rasuah di pintu masuk ke negara ini. Beliau bongkar amalan rasuah segelintir pegawai imigresen. Beliau dakwa penguat kuasa meminta sehingga RM3,000... Klik di sini untuk terus membaca

ADA yang anggap Tionglah wira sebenar. Beliau berani tampil membuat dakwaan terbuka masalah rasuah di pintu masuk ke negara ini.

Beliau bongkar amalan rasuah segelintir pegawai imigresen.

Beliau dakwa penguat kuasa meminta sehingga RM3,000 untuk pelancong asing keluar dari tahanan.

Beliau juga dakwa ada 'laluan khas' jikalau sesiapa sanggup membayar. Ada pula jumlah RM12,000 bagi kos memproses visa.

Serius betul dakwaan beliau. Jikalau Ali, Ah Chong atau Muthu buat tuduhan bolehlah kita pandang sebelah mata.

Ini dakwaan seorang menteri kabinet. Beliau kata ada bukti dakwaan itu. Beliau pun gesa SPRM buat siasatan.

Memang bagus sangatlah jikalau siasatan segera dibuat. Ia dakwaan berat yang perlukan tindakan serius.

Tuk Seri PM mahukan Malaysia yang bersih. Jikalau betul dakwaan menteri beliau sendiri ada yang tidak bersih dalam Jabatan Imigresen, patut sangatlah tindakan segera diambil.

Awang harap mana-mana pihak yang cepat-cepat nak suruh Tiong letak jawatan elok fikir dua kali. Manalah tahu beliau betul.

Jikalau itu berlaku kita patut kalungkan bunga ke lehernya. Tapi jikalau tuduhannya tak berasas beliau patut letak jawatan.

Klik di sini untuk terus membaca