MENTERI Pelancongan Malaysia bukan asing dengan kontroversi. Apa yang berlaku di KLIA hari Jumaat lalu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sangat. Soalannya apakah tindakan beliau itu wajar sebagai menteri? Banyaklah pandangan berhubung... Klik di sini untuk terus membaca

MENTERI Pelancongan Malaysia bukan asing dengan kontroversi. Apa yang berlaku di KLIA hari Jumaat lalu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sangat.

Soalannya apakah tindakan beliau itu wajar sebagai menteri?

Banyaklah pandangan berhubung apa yang berlaku. Ada yang kata, seorang menteri ada protokol dan etika yang mesti dipatuhi.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing patut guna saluran yang betul untuk menyampaikan teguran beliau.

Akibat berita 'buat kecoh di KLIA' itu tular, beliau terpaksa mempertahankan tindakannya.

Malangnya kenyataan media beliau menimbulkan lebih banyak kontroversi lagi.

Ramai juga orang bertanya apakah seorang menteri secara terbuka boleh mengkritik jabatan di bawah menteri lain?

Apakah Kerajaan Madani bermaksud sekarang free for all? Para menteri pun boleh saling kecam-mengecam.

Mungkin juga ini dasar keterbukaan baharu yang diamalkan. Dari satu segi bagus untuk rakyat.

Selama ini, rakyat tegur tak jalan, kenalah menteri yang menegur.

Khabarnya banyak complaint rakyat yang tak 'tembus ke atas'.

Jadi eloklah sesama menteri tegur-menegur. Rakyat boleh serah menteri untuk complaint kementerian lain.

Klik di sini untuk terus membaca