KUANTAN - Trend pembelian barang kemas masih ada dan seolah-olah tidak memberi kesan kepada pembeli walaupun harga semasa emas direkodkan RM288.73 satu gram setakat Jumaat. Tinjauan Sinar Harian di beberapa premis penjualan barangan kemas... Klik di sini untuk terus membaca

KUANTAN - Trend pembelian barang kemas masih ada dan seolah-olah tidak memberi kesan kepada pembeli walaupun harga semasa emas direkodkan RM288.73 satu gram setakat Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa premis penjualan barangan kemas di sekitar daerah ini mendapati harga komoditi emas itu mengalami kenaikan 95 sen berbanding Khamis sekitar RM287.78 satu gram.

Rata-rata penjual emas memaklumkan kadar harga emas diramal terus melonjak sepanjang Julai dan dikatakan boleh mencecah sehingga RM290 satu gram sekali gus menepis dakwaan berlaku penurunan harga bagi barangan berharga itu.

Jurujual di sebuah kedai emas, Suhaida Ngah, 40, berkata, pelanggan membeli emas sepanjang tahun walaupun kadar harga komoditi terbabit turun dan naik.

Jurujual di sebuah kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di sini melayan pelanggan yang ingin membeli barangan perhiasan di sini pada Jumaat.

"Kalau harga (emas) turun mungkin lebih ramai yang berbelanja, tapi tidak bermakna ketika emas naik tiada pembelian.

"Ikut trend pembelian, emas mahal atau murah pelanggan tetap ada. Kalau di kedai ini boleh dikatakan setiap hari ada pembeli," katanya ketika ditemui Sinar Ahad di premis perniagaan di Kuantan.

Mengulas mengenai harga emas melepasi paras terendah, Suhaida berkata, setakat ini harga masih tinggi dan tidak seperti yang digambarkan.

Sementara itu, seorang peniaga, Siti Syahirah Abdul Kadir, 55, berkata, sebelum Aidiladha lalu, pelanggan masih membeli walaupun harga emas mencecah RM280 per gram.

"Selain membeli, ramai juga menjual barangan kemas untuk digantikan dengan yang baharu atau untuk ditukarkan kepada tunai," ujarnya yang sudah 20 tahun menjalankan urus niaga jual beli emas di sini.

Klik di sini untuk terus membaca