IPOH - Harga emas dijangka menurun dalam tempoh satu hingga dua bulan ini mengikut keadaan ekonomi dan harga semasa dolar Amerika Syarikat (AS$).
Presiden Persatuan Usahawan Kedai-Kedai Emas Negeri Perak, Datuk Alamuluddin Ismail berkata, penurunan itu bagaimanapun bukanlah mendadak seperti mana direkodkan tahun lalu yang mencapai RM235 per gram.
"Berdasarkan pemerhatian, harga emas dilihat menurun tetapi tidak banyak. Tiga minggu lalu harga emas mencatatkan RM292 kemudian menurun kepada RM287.
"Pada Khamis, emas 916 mencatatkan harga pada RM284 dan Jumaat adalah RM286. Dijangka harga emas akan turun dalam tempoh sebulan dua ini," katanya ketika ditemui Sinar Ahad.
Menurut beliau, pergerakan harga itu dilihat adalah masa terbaik untuk membuat pembelian barangan kemas sama ada untuk pelaburan dan koleksi peribadi.
Sementara itu, Pengasas Kedai Emas Safura, Bibi Safura Ghulam Hyder berkata, penurunan harga logam itu memberi impak positif kepada peniaga dan pembeli.
"Harga emas tidak menentu sejak awal tahun ini dan baru-baru ini harga menurun sedikit demi sedikit tetapi bukanlah ketara.
"Penurunan harga itu membolehkan kita membuat pecutan kepada penjualan barangan kemas dengan melakukan promosi dalam tempoh terdekat," katanya.
Tambah Bibi Safura, pihaknya akan membuat pemantauan dan mengharapkan harga emas 916 dan 999 akan terus menurun.
Klik di sini untuk terus membaca