SHAH ALAM - BN dijangka mampu mempertahankan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di lima negeri kecuali Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, beliau yakin BN mampu mengekalkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - BN dijangka mampu mempertahankan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di lima negeri kecuali Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, beliau yakin BN mampu mengekalkan kerusi di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu kerana statusnya sebagai salah satu parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

"Sebagai sebahagian Kerajaan Madani, mereka boleh gerakkan kempen yang besar selain akan mendapat undi popular hasil kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu dilaporkan berkata, BN dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi DUN di enam negeri yang akan mengadakan PRN, manakala selebihnya akan ditandingi oleh PH.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH pada pilihan raya umum yang lepas.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga Pensyarah Kanan, Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau melihat wujud momentum sokongan kepada Kerajaan Perpaduan selepas kira-kira tujuh bulan mereka memerintah negara.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri banyak hadiri pertemuan dengan mahasiswa yang merupakan pengundi muda jadi ia juga memberi kelebihan kepada BN untuk menang nanti.

"Jadi saya lihat selain BN ada peluang untuk pertahankan kerusi sedia ada, mereka juga mungkin boleh tambah bilangan kerusi di Kedah dan Terengganu," ujarnya.

Katanya, misi untuk memenangi kerusi di Kelantan pula agak mencabar bagi BN dan UMNO memandangkan status quo negeri itu menjadi milik Pas dan Perikatan Nasional (PN).

Klik di sini untuk terus membaca