MACAM sebahagian rakyat Malaysia, semakin lama semakin terhakis hormat Awang pada Tun mantan Perdana Menteri.
Kenyataan beliau yang terbaharu bahawa Tuk Seri PM terpaksa akur pada DAP untuk jadikan Malaysia negara sekular pelik sangat bunyinya.
Awang tak faham sangat makna sekular itu. Tapi seingat Awang, Tun ialah orang yang beria-ia sangat nak bezakan hal politik dan kemasyarakatan dengan hal agama.
Beliaulah yang sepanjang masa pemerintahannya anggap Pas parti yang memecahbelahkan. Pas parti Islam yang hanya pada nama. Kata beliau Malaysia tak boleh diperintah cara Pas.
Tak pernah pula Awang dengar selama 22 bulan dalam satu kerajaan dengan DAP, beliau bangkitkan ‘manifesto’ DAP nak tolak agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Selama 22 bulan itu, beliaulah yang pertahan DAP, malah apabila orang Bersatu yang dipimpinnya nak keluar kerajaan, beliau tak setuju.
Lain pula iramanya apabila jadi Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM). Sampai beliau kata akan terjejas keanggotaan Malaysia dalam OIC oleh sebab kita jadi negara yang tak ada agama rasmi.
Nampaknya sahlah tak ada PM yang betul pada kaca matanya. Takkanlah dalam dunia ini hanya seorang yang boleh jadi PM dan bertindak betul semuanya?
Klik di sini untuk terus membaca