AWANG alu-alukan tindakan SPRM untuk siasat dua jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ia itu Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sesuailah dengan hasrat Tuk Seri PM untuk bersihkan Malaysia daripada rasuah.
Kita semua tahu tidak mudah nak perangi rasuah. Apatah lagi jikalau amalan itu dah jadi budaya atau dah jadi darah daging.
Oleh sebab itu, kawan-kawan kita dalam #RasuahBusters kerja kuat untuk ubah budaya dan nilai dalam masyarakat.
Awang tahu sebahagian besar pegawai imigresen dan JPN buat kerja yang baik. Kambing hitam tak banyak. Tapi bak kata orang tua-tua, akibat nila setitik rosaklah susu sebelanga.
Kita kenalah hargai mereka yang jujur dan kerja penuh integriti.
Cuma Awang kesal sikit hal di imigresen itu jadi isu berbau perkauman. Kebetulan yang mengadu kes itu ialah warga negara China.
Yang ambil inisiatif untuk menggempur adalah seorang menteri Cina. Pegawai yang terbabit pula orang Melayu.
Bagi Awang hal itu tak timbul. Siapa sahaja yang disyaki terbabit rasuah harus didedahkan. Siapa sahaja yang didapati bersalah mesti dihukum. Adalah kewajipan semua kaum perangi rasuah.
Islam pun melarang rasuah. Rasuah bukan sagu hati. Rasuah adalah najis. Banyak mudarat rasuah pada negara.
Klik di sini untuk terus membaca