SHAH ALAM - Kerajaan disaran menyediakan templat yang khusus bagi menyeragamkan kaedah dan panduan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dalam usaha menghindari rasuah dan salah guna kuasa. Penganalisis politik daripada Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan disaran menyediakan templat yang khusus bagi menyeragamkan kaedah dan panduan pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dalam usaha menghindari rasuah dan salah guna kuasa.

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat menjelaskan kewangan mereka dengan lebih jelas terutama kepada rakyat.

"Jangan laksana seperti dulu, sewaktu pentadbiran Barisan Nasional ketika itu hanya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sahaja yang tahu mengenainya.

"Tetapi apabila Dr Mahathir menjadi semula Perdana Menteri ketika pentadbiran PH, beliau melaksanakan perkara itu di mana ahli Kabinet perlu isytiharkan harta.

"Jadi, saya berpandangan pengisytiharan harta adalah langkah yang baik. Rakyat juga mahu melihat selain dapat memuaskan hati rakyat dengan cara pendekatan itu," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Tambah Mohd Azizuddin, inisiatif itu juga secara tidak langsung dapat melihat ketelusan terutama menteri dan ahli Parlimen sama ada mereka menggunakan kedudukan demi kepentingan diri.

Ujarnya, pengisytiharan harta tersebut antara janji Pakatan Harapan (PH) cuma kini dilihat agak kompleks kerana terdapat gabungan parti lain.

"Bagaimanapun, ia keputusan yang baik kerana sedikit banyak, kita boleh tahu kedudukan diri mereka.

"Daripada pengisytiharan harta berkenaan, boleh dilihat sama ada mereka menggunakan kepentingan politik atau kedudukan untuk ‘kayakan’ diri mereka.

"Tidak perlu setiap bulan isytihar hanya setahun sekali. Sekiranya tahun depan pengisytiharan dilakukan dapat lihat kadar pendapatan mereka berubah atau tidak, kalau ada, mungkin terdapat perkara yang tidak kena,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca