SURUHANJAYA Pilihanraya Malaysia (SPR) dah umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi untuk pilihan raya di enam negeri. Maka, gendang perang pun berbunyilah sudah. Walaupun penamaan calon pada 29 Julai nanti, tapi kempennya dah... Klik di sini untuk terus membaca

SURUHANJAYA Pilihanraya Malaysia (SPR) dah umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi untuk pilihan raya di enam negeri.

Maka, gendang perang pun berbunyilah sudah. Walaupun penamaan calon pada 29 Julai nanti, tapi kempennya dah bermula.

Menurut SPR, sejumlah 9.7 juta orang layak mengundi kali ini. Jumlah pengundi paling banyak adalah Selangor dengan 3.7 juta sementara Kedah ada 1.5 juta dan Kelantan 1.4 juta.

Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri akan dipertandingkan, paling banyak Selangor (56) dan paling sedikit Terengganu (32). Kos yang terpaksa ditanggung oleh SPR untuk jalankan PRN kali ini adalah RM420 juta.

Awang tertarik dengan jumlah mereka yang berusia di antara 18 dan 20 yang akan mengundi – seramai 661,905 orang.

Paling ramai di Selangor dengan jumlah 274,194 orang sementara Kedah dan Kelantan masing-masing catatkan 104,284 dan 96,513 pengundi. Ketiga-tiga negeri ini dianggap kawasan panas yang akan saksikan perebutan yang hebat.

Awang harap mereka yang turun mengundi kali ini lebih baik dari PRN di Melaka dan Johor pada tahun 2021 dan 2022.

Pada masa itu, jumlah yang keluar mengundi amat rendah. Awang percaya kali ini keadaannya berbeza.

Klik di sini untuk terus membaca