ANAK mantan Timbalan Perdana Menteri, Tawfik Tun Dr Ismail terkenal berani dan tegas. Beliau macam arwah ayahnya negarawan ulung Tun Dr Ismail juga. Tun Dr Ismail ialah orang yang terkenal kerana integriti dan kerja kuat. Tawfik tegur Tun M... Klik di sini untuk terus membaca

ANAK mantan Timbalan Perdana Menteri, Tawfik Tun Dr Ismail terkenal berani dan tegas. Beliau macam arwah ayahnya negarawan ulung Tun Dr Ismail juga. Tun Dr Ismail ialah orang yang terkenal kerana integriti dan kerja kuat.

Tawfik tegur Tun M yang kata negara pelbagai kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Tawfik sindir mantan PM ini yang katanya tak faham dan tak minat sukan. Dia tak reti peraturan bersukan atas padang. Dia tak tahu adab bersukan. Oleh sebab itu, dia tak ada ‘kehalusan’.

Dalam politik pun nampaknya Tun M fikir survival politiknya sahaja.

Memang ramailah orang kritik Tun M, ekoran kenyataan terbarunya. Dia macam nak tulis semula sejarah. Bukan sejarah orang lain tapi sejarah yang dia pernah dia tulis sendiri.

Selama 22 tahun jadi PM semasa Barisan Nasional (BN) dan 22 bulan bersama Pakatan Harapan (PH) nadanya lain. Buku-buku dan tulisan beliau pun nadanya lain.

Tiba-tiba sekarang beliau bersungguh-sungguh nak perjuangkan kepentingan Melayu. Bukankah kegagalan orang Melayu hari ini sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan beliau membantu mereka selama lebih dua dekad di tampuk pemerintahan? Kata seorang wartawan, dia nak bawa kita ke zaman kegelapan semula.

Klik di sini untuk terus membaca