PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka cadangan untuk memperkenalkan jaminan korporat, sekali gus mengikat syarikat induk bertanggungjawab terhadap kegagalan anak syarikat dalam menyiapkan projek... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka cadangan untuk memperkenalkan jaminan korporat, sekali gus mengikat syarikat induk bertanggungjawab terhadap kegagalan anak syarikat dalam menyiapkan projek perumahan di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah tersebut merupakan salah satu pengurusan risiko dalam menangani isu rumah sakit yang berlarutan bagai tiada kesudahan.

Menurut beliau, sebanyak 384 projek sakit dan 115 projek terbengkalai direkodkan di negara ini pada Disember lalu dan angka tersebut meningkat kepada 481 sehingga akhir April lalu, manakala 118 pula sudah dibaik pulih kementerian dalam tempoh sama.

"Kita perlu melihat secara holistik termasuk dari segi undang-undang dan kesesuaian kerana apabila terdapat masalah, masing-masing cuba melepaskan diri," katanya menerusi wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Akmal Nasrullah - FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurut Akmal Nasrullah, tindakan menyenarai hitam pemaju gagal menyiapkan projek yang dibuat sebelum ini dilihat tidak membantu mengekang masalah tersebut.

"Lebih buruk lagi terdapat tuduhan dan cakap-cakap dalam industri yang mengatakan apabila sesebuah syarikat gagal, mereka akan masuk semula dengan menggunakan nama lain dan sebagainya," ujar beliau.

Akmal berkata, jaminan korporat yang dicadangkan itu perlu dilihat secara holistik dan diperhalusi dari segenap segi termasuklah perundangan dan kesesuaian pelaksanaan.

"Kalau anak syarikat gagal menyiapkan projek ini, ia tidak bermakna syarikat induk boleh cuci tangan. Kamu (pemaju) boleh lari tetapi pembeli hendak lari ke mana?" soal beliau.

Tindakan menyenarai hitam pemaju gagal menyiapkan projek yang dibuat sebelum ini dilihat tidak membantu mengekang masalah tersebut.
Tindakan menyenarai hitam pemaju gagal menyiapkan projek yang dibuat sebelum ini dilihat tidak membantu mengekang masalah tersebut.
Tindakan menyenarai hitam pemaju gagal menyiapkan projek yang dibuat sebelum ini dilihat tidak membantu mengekang masalah tersebut.
Tindakan menyenarai hitam pemaju gagal menyiapkan projek yang dibuat sebelum ini dilihat tidak membantu mengekang masalah tersebut.

Tambah beliau, isu kegagalan menyiapkan projek perumahan ini tidak ada kesudahan sekiranya mereka yang tidak bertanggungjawab terus mengambil untung di atas kesengsaraan orang, sekali gus mencemarkan industri.

"Kesedaran pembeli juga perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat membuat pertimbangan dengan lebih terperinci sebelum memutuskan untuk membeli rumah," ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca