PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mempunyai hala tuju jelas mengemudi negara termasuk memperkukuh sektor ekonomi. Beliau berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik pentadbiran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mempunyai hala tuju jelas mengemudi negara termasuk memperkukuh sektor ekonomi.

Beliau berkata, kekerapan Anwar memberi kenyataan dilihatnya hanyalah sebagai untuk mengekalkan populariti sebagai Perdana Menteri semata-mata.

"Anwar dia tiada sense. Hari-hari beri kenyataan cuma nak bagi popular saja tetapi nak buat tak boleh, dia tak tahu nak buat,” kata beliau.

Malah menurutnya, cadangan beliau agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan tambatan nilai ringgit juga turut ditolak."Semasa saya menjadi Perdana Menteri ke-7, saya panggil Gabenor Shamsiah (Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus) untuk melaksanakan kadar pertukaran tetap.

Beliau berkata, kadar pertukaran tetap mampu menyelamatkan negara berbanding amalan antarabangsa iaitu pasaran pertukaran asing.

"Amalan antarabangsa menyerahkan kepada pasaran asing. Pasaran hendak mencari untung bukannya menjaga kita. Sebab itu kita laksanakan kadar pertukaran tetap apabila mengalami krisis dahulu.

"Nak jual tak boleh, nak beli tak boleh, negara lain pun seperti Korea selamat, tetapi kerajaan hari ini tidak mahu,” katanya.

Pada Mei tahun lalu, Dr Mahathir mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan tambatan mata wang yang diamalkan semasa Krisis Kewangan Asia 1997 dalam menangani ketidaktentuan ketara nilai ringgit di dalam pasaran pertukaran asing.

Katanya, langkah itu berjaya halang ringgit terus jadi sasaran spekulator mata wang ketika itu.

Klik di sini untuk terus membaca