SHAH ALAM - Penekanan dalam mencorak nilai murni terhadap jiwa pelajar perlu berlaku di peringkat awal agar mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Pensyarah Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datin Dr... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penekanan dalam mencorak nilai murni terhadap jiwa pelajar perlu berlaku di peringkat awal agar mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.

Pensyarah Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Datin Dr Ruhani Mat Min berkata, usaha tersebut perlu menjadi perkara utama berbanding menjalankan saringan psikologi di sekolah.

Menurutnya, terdapat pelajar yang tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk sehingga ‘menghalalkan’ perbuatan buli.

"Pihak sekolah perlu bertindak untuk mengawal masalah buli daripada terus berleluasa kerana jika tiada hukuman dikenakan, mereka akan berfikir tidak mengapa jika mengulanginya,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut Ruhani, tiada bentuk penilaian awal yang boleh dijalankan untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai niat untuk membuli atau sebaliknya.

"Kejadian abang bunuh adik itu mungkin kesannya dirasai dari segi emosi, pemikiran dan tingkah laku kerana tindakan tersebut dipelajari serta dilihat daripada orang sekeliling, bukan lahir secara semula jadi dalam diri.

"Pembulinya melihat seolah-olah tindakan tersebut biasa sahaja memandangkan tiada yang menegur, melaporkan atau mengambil tindakan hingga menyebabkan mangsa kecewa, marah dan berdendam,” jelasnya.

Beliau berkata, cara untuk berkomunikasi dan menjaga hubungan dengan masyarakat adalah lebih utama sebagai asas pembentukan sahsiah serta moral pelajar.

"Tindakan cepat, drastik dan segera perlu dijalankan bagi membendung masalah buli di sekolah daripada berulang,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca