SHAH ALAM - Rakyat terutama pengundi perlu mengetahui status penyata harta bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memberi keyakinan bahawa individu yang dipilih tidak terpalit gejala rasuah. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Rakyat terutama pengundi perlu mengetahui status penyata harta bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memberi keyakinan bahawa individu yang dipilih tidak terpalit gejala rasuah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, maklumat itu penting supaya tiada fitnah boleh ditimbulkan selepas calon menang di kerusi ditandingi.

"Sangat setuju (kuat kuasa semula pengisytiharan harta) supaya integriti pemimpin dapat dipertahankan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan semula pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi parti pertama mewajibkan calon bertanding untuk membuat pengisytiharan harta.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berpandangan, pengisytiharan harta perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif agar ia boleh dijadikan satu sistem nilai tambah dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

"Pada 2018, Jemaah Menteri Pakatan Harapan (PH) sudah lakukan isytihar harta (maka) apa yang PM (Perdana Menteri) sebut kali ini bukan perkara baharu, namun ia harus dilaksanakan dengan lebih bertanggungjawab (supaya) boleh dijadikan sistem nilai tambah dalam pentadbiran.

"Untuk masa depan pula, kaedah itu sebenarnya untuk mengelak nanti apabila (calon yang menang) diberi peluang menganggotai pentadbiran, kerajaan boleh semak (status harta).

"Contohnya sebelum jadi menteri berapa harta (dimiliki), selepas jadi menteri berapa nilai. Kalau (jumlah) luar biasa, mungkin itu satu mekanisme mengukur. Satu kaedah yang boleh dipraktikkan,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca