SHAH ALAM - Langkah menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hanya akan memberi bebanan kepada agensi itu termasuk kerajaan. Presiden Kesatuan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Langkah menempatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hanya akan memberi bebanan kepada agensi itu termasuk kerajaan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menghalang inisiatif itu malah menyambut baik cadangan berkenaan.

Namun, ujarnya, ia akan memberi bebanan kepada SPRM dan kerajaan sendiri.

Menurut Khairil, pihak imigresen kini dilihat seolah-olah terpaksa menerima kehadiran pegawai SPRM, namun sebenarnya jabatan berkenaan terbuka dengan cadangan tersebut.

"Ia disebabkan kami melihat jabatan ini ada unsur-unsur (negatif) dan masih ada peluang untuk perbaiki di masa akan datang.

"Kami juga menerima secara terbuka untuk bekerjasama dengan SPRM terutama dalam memberikan segala pengalaman dan tunjuk ajar termasuk nasihat berguna kepada pihak imigresen,” jelasnya.

Bagaimanapun Khairil turut berharap bahawa penempatan pegawai SPRM itu bukan selama-lamanya sekiranya cadangan itu dilaksanakan.

"Masyarakat perlu faham apabila Jabatan Imigresen menerima kehadiran pegawai SPRM untuk mengetuai bahagian integriti di setiap negeri dan institut.

"Jadi sudah tentu sedikit sebanyak terdapat perasaan keluh-kesah antara kami dari segi kenaikan pangkat,” jelasnya.

Klik di sini untuk terus membaca