PEMIMPIN berketurunan Melayu, Wan Muhammad Noor Matha dipilih sebulat suara sebagai Speaker Dewan Perwakilan Thailand yang sekali gus bakal menamatkan spekulasi siapa yang akan menjadi perdana menteri baharu Thailand selepas pilihan raya... Klik di sini untuk terus membaca

PEMIMPIN berketurunan Melayu, Wan Muhammad Noor Matha dipilih sebulat suara sebagai Speaker Dewan Perwakilan Thailand yang sekali gus bakal menamatkan spekulasi siapa yang akan menjadi perdana menteri baharu Thailand selepas pilihan raya umum 14 Mei lalu.

Wan Muhamad, 79, atau dikenali Wan Noor dicalonkan oleh Pita Limjaroenrat, calon perdana menteri dan pemimpin Parti Move Forward (FMP), yang meraih kemenangan pada pilihan raya dengan mengalahkan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha yang berkuasa selama hampir sedekad.

Pelantikan Presiden Parti Prachachart itu dibuat selepas tiada calon lain dikemukakan untuk mengisi jawatan berkenaan. Pemilihan dibuat pada hari kedua sidang Parlimen Thailand yang bermula Isnin lalu.

Beliau dikatakan individu terpenting yang akan menentukan siapakah akan dipilih dalam kalangan lapan parti pakatan diketuai FMP untuk menerajui Thailand pada masa akan datang.

SIAPA WAN NOOR?

Menyelusuri susur galur Wan Noor yang dilahirkan pada 11 Mei 1944 di Yala, beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Songkla Rajabhat dan Universiti Thaksin.

Tapi sebelum itu, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Ban Sateng, pendidikan menengah di Sekolah Kanaratbamrung di wilayah Yala dan menengah atas di Kolej Islam Thailand di Bangkok.

Selepas itu, beliau menyambung pengajian dengan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Chulalongkorn dengan biasiswa Kementerian Dalam Negeri selain mempunyai ijazah sarjana daripada Fakulti Pendidikan Universiti Chulalongkorn.

Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP
Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP
Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP
Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP
Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP
Pemimpin Parti Prachachat memberi risalah kepada peniaga semasa kempen partinya di pasar Narathiwat. - AFP

Selepas tamat alam pengajian, Wan Noor berkhidmat sebagai guru dan kemudian dilantik sebagai guru besar di Akademi Attarkiah di wilayah Narathiwat semasa berumur 20 tahun. Kemudian, beliau menjadi pensyarah di Universiti Songkla dan akhirnya menjadi profesor khas Fakulti Pendidikan Universiti Prince of Songkla.

MELANGKAH KE ARENA POLITIK

Wan Noor mula menyertai politik selepas dipilih ke Dewan Perwakilan Thailand pada tahun 1978 yang mewakili wilayah Yala dengan berpaksikan Parti Tindakan Sosial.

Selepas itu, beliau berpindah ke parti Demokrat pada tahun 1986 dan parti Solidariti pada tahun 1988 dan akhir sekali ke Parti Aspirasi Baru pada tahun 1992.

Sepanjang pembabitan dalam arena politik, beliau membawa nama Kumpulan Wahdah iaitu sebuah kumpulan kecil ahli politik Muslim dari wilayah-wilayah Selatan Thailand.

Wan Noor pernah dilantik menjawat jawatan di Kementerian Kewangan dan Industri pada tahun 1994 hingga 1995 sebelum menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Speaker Parlimen dari November 1996 hingga Jun 2000.

Apabila Parti Aspirasi Baru dibubarkan dan bergabung dengan parti Thai Rak Thai pada 2001, Wan Noor dilantik menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi serta bertukar portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri pada Oktober 2002 di bawah kerajaan Thaksin Shinawatra.

Selepas kejatuhan Thaksin, Wan Noor adalah salah seorang daripada 111 ahli eksekutif Thai Rak Thai yang dilarang menyertai aktiviti politik selama lima tahun selepas krisis politik pada tahun 2006 yang menjatuhkan Thaksin.

Wan Noor diasak media selepas beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Perwakilan di Bangkok baru-baru ini. - Agensi
Wan Noor diasak media selepas beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Perwakilan di Bangkok baru-baru ini. - Agensi

Namun, selepas rampasan kuasa yang menyaksikan kejatuhan Thaksin, Wan Noor dilantik sebagai Pengarah Pusat Kawalan Dadah Kebangsaan dan menjanjikan tindakan tegas.

Beliau pada mulanya menyertai parti pengganti TRT, Parti Kuasa Rakyat pada 2008, ketika larangan aktiviti politiknya masih dikuatkuasakan. Sementara itu, Kumpulan Wahdah berkembang menjadi Parti Matubhum.

Wan Noor juga adalah seorang ahli politik Muslim veteran dari Selatan Thailand dan terlibat dalam perundingan damai dengan kumpulan-kumpulan pemisah di wilayah tersebut. Beliau juga telah membela lebih banyak autonomi dan hak budaya bagi minoriti Melayu Muslim.

BERPENGALAMAN LUAS

Krisis dalam menentukan siapa bakal menjadi perdana menteri seterusnya dilihat tidak berkesudahan sehingga pelantikan Wan Noor sebagai Speaker Dewan Perwakilan yang baharu ini. Beliau dijangka menamatkan polemik politik sejak FMP menang besar pilihan raya pada 14 Mei lalu.

Mana tidaknya, keputusan Wan Noor boleh mempengaruhi kelulusan undang-undang utama dan masa pengundian bagi menentukan siapa layak menjadi perdana menteri baharu itu dan membentuk kerajaan seterusnya.

"Saya akan menjalankan tugas dengan adil ... dengan telus dalam mempertimbangkan draf undang-undang dan petisyen untuk memperbaiki kehidupan semua rakyat Thailand," katanya.

Terbaharu, Wan Noor mengumumkan tarikh pengundian pemilihan perdana menteri adalah pada 13 Julai ini. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca