SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang kini berada dalam satu pasukan diramal menguasai Pulau Pinang dan Selangor dalam persaingan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
Melalui dapatan sebuah badan pengkaji bebas, The Elections Lab, PH-BN akan menguasai 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada PRN Pulau Pinang kali ini.
DUN tersebut adalah Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Berapit, Machang Bubuk, Padang Lalang, Perai, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga, Pulau Tikus, Padang Kota, Pengkalan Kota, Komtar, Dato Keramat, Sungai Pinang, Batu Lancang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong, Batu Uban, Pantai Jerejak, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Telok Bahang.
Pesaing terdekat gabungan PH-BN iaitu Perikatan Nasional (PN) pula dijangka hanya menang lima kerusi DUN iaitu di Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir dan Penanti.
Sementara itu, enam lagi kerusi DUN iaitu Bertam, Pinang Tunggal, Telok Ayer Tawar, Seberang Jaya, Sungai Bakap dan Sungai Acheh dalam situasi 50-50 antara PH-BN atau PN.
"Ramalan berkenaan dijalankan berdasarkan pengiraan kebarangkalian dan simulasi kami buat berpandukan bacaan sokongan yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Bagaimanapun, keputusan akhir masih bergantung kepada gerak kerja pilihan raya yang kemas dan tersusun antara gabungan parti itu,” maklum The Election Lab pada Isnin.
Bagi negeri Selangor pula, dapatan kajian The Election Lab menunjukkan besar kemungkinan gabungan PH-BN mampu menang di 38 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.
Kerusi DUN tersebut termasuk Sekinchan, Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Gombak Setia, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah, Teratai, Dusun Tua, Semenyih, Kajang, Balakong, Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Seri Setia, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Meru, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Sentosa, Kota Kemuning, Banting, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek.
Ini diikuti koalisi PN dijangka meraih 10 kerusi DUN iaitu di Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Sungai Burong, Kuang, Sungai Ramal, Batu Tiga, Selat Klang, Sungai Kandis, Sijangkang dan Morib.
Dalam pada itu, sebanyak lapan kerusi DUN termasuk Sabak, Batang Kali, Jeram, Hulu Kelang, Taman Medan, Sementa, Pelabuhan Klang dan Dengkil dalam kedudukan 50-50, sama ada akan menjadi milik PH-BN atau PN yang terdiri daripada gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pas dipimpin Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Untuk rekod, keputusan PRU14 pada 2018 menyaksikan PH yang ketika itu dibarisi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menang bergaya di dua negeri terbabit.
Di Pulau Pinang misalnya, PH berjaya menang 37 kerusi daripada 40 kerusi DUN dipertandingkan manakala BN mendapat dua kerusi dan Pas, satu kerusi.
Bagi negeri Selangor pula, PH menang besar apabila meraih 51 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan, diikuti BN dengan empat kerusi dan Pas, satu kerusi.
Klik di sini untuk terus membaca