AWANG sebetulnya tak terkejut sangat dengan angka 1.09 juta rakyat Malaysia yang dikatakan menagih dadah. Menurut kenyataan Tuk Seri Zahid Hamidi, enam daripada 100 orang rakyat kita pernah ambil dadah. Tentulah kita kecut perut dengan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sebetulnya tak terkejut sangat dengan angka 1.09 juta rakyat Malaysia yang dikatakan menagih dadah.

Menurut kenyataan Tuk Seri Zahid Hamidi, enam daripada 100 orang rakyat kita pernah ambil dadah.

Tentulah kita kecut perut dengan dadah sintetik kini boleh diperolehi dengan murah.

Khabarnya lebih murah daripada harga sehelai T-shirt atau dua gelas teh tarik di kopitiam.

Apakah silapnya strategi kita perangi dadah? Tak berkesankah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama ini?

Apakah jabatan narkotik dalam PDRM perlu diperkuatkan lagi? Apakah NGO dan badan-badan lain yang berkaitan tak ada kemahiran tangani isu najis dadah?

Bayangkanlah RM6.6 bilion duit rakyat kita digunakan untuk beli barang terlarang ini. Berapa banyakkah RM6.6 bilion itu?

Menurut kiraan Awang yang tak reti sangat congak mencongak ini, RM6 bilion boleh buat 200 buah sekolah luar bandar.

Kita boleh buat lebuh raya PLUS dengan duit sebanyak itu pada tahun 80-an.

Awang cadangkan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) mula berfikir di luar kotak.

Cara lama dah tak jalan. Mungkin kena cari cara baharu dan lebih drastik.

Klik di sini untuk terus membaca