AWANG puji Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang buat siasatan ke atas Tan Sri Hadi Awang dan Lim Guan Eng.
Mereka masing-masing akan disiasat atas kenyataan mereka melalui hantaran Facebook dan ucapan yang berkaitan dengan isu 3R (agama, raja dan kaum).
Pada pendapat Awang, PRN kali ini bakal jadi sangat kotor disebabkan banyak pihak akan guna isu 3R, khususnya agama dan kaum.
Sentimen agama dan kaum akan digunakan dengan teruk sekali lagi untuk memancing undi. Belumpun penamaan calon berlaku, kempen sudah bermula.
Seperti biasa nak menang pilihan raya sentimen agama dan kaum akan dimainkan tanpa malu. Keadaan akan jadi tegang.
Soal perpaduan kaum akan terjejas. Pendeknya bak kata orang setiap kali ada pilihan raya, kesudahannya semua jadi arang dan debu.
Kesannya pada masa depan negara sangat buruk sekali.
Dalam sebuah negara pelbagai kaum, prasangka dan rasa benci akan bawa kesan jangka panjang.
Pemerhati politik kata PRN kali ini adalah untuk menawan hati kebanyakan pengundi Melayu.
Awang tak hairanlah jikalau ada parti-parti yang akan mabuk ketum main sentimen agama dan perkauman tanpa batas.
Awang harap pihak PDRM dan Suruhanjaya Multimedia pantaulah pentas ceramah dan media sosial dengan saksama.
Klik di sini untuk terus membaca