SHAH ALAM - Penggunaan teknologi komunikasi yang mempunyai pelbagai fungsi menjadi lubuk kepada remaja mudah mendapatkan dadah termasuk jenis sintetik. Pengasas Support Groups Kepulihan Diari Survivor, Suzaidy Sulaiman, 57, berkata, selain... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penggunaan teknologi komunikasi yang mempunyai pelbagai fungsi menjadi lubuk kepada remaja mudah mendapatkan dadah termasuk jenis sintetik.

Pengasas Support Groups Kepulihan Diari Survivor, Suzaidy Sulaiman, 57, berkata, selain penggunaan aplikasi komunikasi, teknologi seperti rokok elektrik dan vape juga antara penyumbang kepada masalah ketagihan dadah melalui cecair.

"Mereka yang terjerumus di kancah dadah pada ketika ini tidak sedar dijadikan sebagai alat oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka hanya fikir berseronok.

"Jika dulu penjualan dadah tidak agresif seperti sekarang kerana mereka lebih mudah berinteraksi melalui kumpulan WhatsApp atau WeChat bagi memudahkan perniagaan dan sindiket menjual dadah,” katanya.

Suzaidy
Suzaidy
Suzaidy
Suzaidy
Suzaidy

Dalam pada itu, bekas penagih dadah, Mezan Malik, 49, berkata, pembelian dadah lebih mudah pada masa kini kerana iklan hebahan yang meluas dalam pelbagai aplikasi membantu mempromosikan bahan itu.

Menurutnya, pengaruh rakan sebaya juga antara pendorong remaja dan anak muda terlibat dalam aktiviti berkenaan.

"Zaman sekarang dengan penyebaran iklan melalui pelbagai aplikasi lebih mudah untuk mereka membeli dan menjual.

"Pengaruh rakan juga menjadi faktor remaja mudah terjerumus dalam kancah dadah,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca