ATHENS - Pada 16 Julai 2021, warga Greece bernama Antonis Mitkos memuat naik beberapa gambar ke halaman Facebooknya. Gambar tersebut memaparkan Mitkos berpakaian seragam tentera. Apa yang mengejutkan, Mitkos kelihatan berdiri di sebelah... Klik di sini untuk terus membaca

ATHENS - Pada 16 Julai 2021, warga Greece bernama Antonis Mitkos memuat naik beberapa gambar ke halaman Facebooknya.

Gambar tersebut memaparkan Mitkos berpakaian seragam tentera. Apa yang mengejutkan, Mitkos kelihatan berdiri di sebelah bekas komander tentera Serb Bosnia yang mengetuai unit Tentera Republik Srpska (VRS), Jeneral Ratko Mladic.

Seperti diketahui umum, Mladic, 81, didapati bersalah terhadap 10 tuduhan termasuk pembunuhan beramai-ramai, keganasan perang dan jenayah kemanusiaan ketika Perang Bosnia dari tahun 1992 hingga 1995 yang mengorbankan 100,000 orang dan mengusir 2.2 juta lagi.

Mladic turut didapati bersalah terhadap pembunuhan di Srebrenica di mana tentera bawah arahannya membunuh lebih 8,000 lelaki Islam termasuk kanak-kanak.

Digelar si penyembelih Bosnia, Mladic kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di The Hague, Belanda.

Menurut catatan Mitkos, gambar tersebut diambil pada 11 Julai 1995 iaitu hari di mana zon selamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di timur Bosnia Herzegovina jatuh ke tangan tentera Mladic.

Tarikh itu juga menyaksikan permulaan pembunuhan beramai-ramai lebih 8,000 penduduk Islam.

Terlepas hukuman

Nama Mitkos disebut dalam dokumen 2005 yang dibocorkan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa Bagi Bekas Negara Yugoslavia (ICTY) di The Hague sebagai salah seorang daripada 10 'sukarelawan' Greece yang hadir di kawasan Srebrenica pada masa itu.

Kes itu dirujuk kepada pihak berkuasa Greece yang melancarkan siasatan selama enam tahun. Pada 2011, dalam keputusannya setebal tujuh muka surat, seorang hakim memutuskan tiada bukti mencukupi untuk kes tersebut diteruskan.

Tiada seorang pun daripada 10 'sukarelawan' tersebut menghadapi tuduhan jenayah berkaitan aktiviti mereka di Srebrenica semasa pembunuhan beramai-ramai paling buruk di bumi Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Kekejaman tentera Serbia terhadap orang awam terutamanya penganut agama Islam didokumentasikan semasa Perang Bosnia.
Kekejaman tentera Serbia terhadap orang awam terutamanya penganut agama Islam didokumentasikan semasa Perang Bosnia.

Perkara tersebut telah membangkitkan persoalan dan tuduhan bahawa jenayah mereka sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum, memandangkan sejarah Greece yang memihak kepada Kristian Serb Ortodoks.

Pengkritik turut mempertikaikan perjalanan penyiasatan pihak berkuasa Greece dan seorang bekas pegawai kanan Kementerian Kehakiman memberitahu Rangkaian Laporan Penyiasatan Balkan (BIRN) bahawa kes itu harus dibuka semula.

Sumber diplomatik kanan juga telah mencadangkan bahawa Sarajevo telah mengelak daripada membangkitkan isu berkenaan memandangkan sokongan Greece terhadap integrasi negara itu ke dalam Kesatuan Eropah (EU).

Hampir 100 rakyat Greece sertai Perang Bosnia

Dianggarkan hampir 100 rakyat Greece bertempur dalam Perang Bosnia dan kebanyakan mereka terdiri daripada anggota Pengawal Sukarelawan Greece (EFF) yang diintegrasikan ke dalam Tentera Serb Bosnia dan diketuai oleh pegawai Serb.

EFF mempunyai simbol sendiri iaitu helang berkepala dua dan ia turut dianggotai nasionalis kanan Golden Dawn yang kemudiannya menjadi parti ketiga terbesar di parlimen Greece sebelum mahkamah mengisytiharkannya sebagai organisasi jenayah dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas pemimpinnya.

Sekurang-kurangnya empat anggota EFF telah dianugerahkan pingat kehormatan 'Helang Putih' oleh bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic.

Karadzic, 78, kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Isle of Wight di United Kingdom (UK).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukti telah muncul mengenai penglibatan anggota EFF dalam jenayah perang termasuk pembunuhan terancang berskala besar dan pemindahan paksa orang Islam Bosnia ke Srebrenica tetapi tidak pernah disiasat.

Selama 28 tahun, pihak berkuasa Greece menafikan bukti bahawa rakyatnya berada di Srebrenica semasa pembunuhan beramai-ramai orang Islam Bosnia.

Pada Oktober 2003, apabila seorang bekas askar Greece ditangkap atas kesalahan dadah, pemeriksaan di apartmennya menemukan sampul surat yang mengandungi gambar mayat tentera dan orang awam.

Menurut laporan akhbar Kathimerini, polis Greece melampirkan nota pada fail yang menyatakan bahawa gambar-gambar tersebut akan menjadi subjek penyiasatan khas.

Tidak jelas sama ada penyiasatan itu pernah dijalankan atau jika gambar itu pernah menjadi sebahagian daripada penyiasatan antara 2005 hingga 2011.

Kementerian Keadilan Greece enggan mengulas isu tersebut tetapi seorang bekas Ketua Setiausaha di kementerian itu, Maria Yannakaki memberitahu BIRN bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya berakhir di situ.

"Kes itu mesti dibuka semula kerana Srebrenica menjadi simbol rasa malu, bukan sahaja untuk skala pembunuhan beramai-ramai tetapi juga untuk fakta bahawa ia berlaku di bandar yang berada di bawah perlindungan mutlak PBB,” kata Yannakaki. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca