AWANG hanya ada satu nasihat kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) – sebelum buat apa-apa hantaran termasuk infografik, semak-semaklah dulu.
Akibat tidak melalui semakan ketatlah, maka infografik tentang kos sara hidup yang dikeluarkannya teruk dibantai netizen.
Tak pedulilah jika alasan ‘infografik itu tepat’ tapi ‘poster itu mungkin tak kena’. Rakyat tak mahu tahu semua itu. Hal yang membabitkan kos sara hidup dan belanja kehidupan bukan perkara kecil. Lebih-lebih dalam keadaan hari ini.
Awang percaya sebelum J-Kom buat segala poster dan infografik yang nak diedarkan, dah bincang dulu dengan kementerian berkenaan.
Banyaklah yang kata kos itu tak masuk akal dan tak berpijak di bumi nyata. Ada yang kata, banyak barang yang tak tersenarai dalam infografik itu tetapi merupakan bahan keperluan bagi setiap keluarga.
Inilah masalah jabatan atau agensi kerajaan yang tidak sensitif dengan keadaan semasa.
Reaksinya amat buruk pada rakyat. Terpaksalah Pak Menteri memberikan penjelasan. Hal yang tak patut berlaku.
Pada pendapat Awang, J-Kom itu adalah jabatan yang wujud untuk berkomunikasi dengan rakyat.
Tetapi jika jabatan itu pun sendiri gagal menyampaikan maklumat dengan tepat, betul dan tanpa kontroversi macam mana?
Klik di sini untuk terus membaca