BAGI sesetengah orang, MB Kedah ialah hero rakyat. Banyak yang lain pula kata, beliau tak lebih tukang karut atau tuk juara dalam dikir barat atau tukang karang dalam boria.
Merekalah yang jadi induk cerita atau nyanyian dalam kedua-dua tradisi seni rakyat itu.
Tuk Seri Muhammad Sanusi terkenal sebagai orang yang tak makan saman. Cakap apa pun dia tak peduli. Dia pun cakap ikut suka dia.
Ada yang kata, janji dia seronok dan pendengar serta penonton seronok, semua jadi.
Oleh sebab itu, dia jadi tarikan utama dalam ceramah politik. Berduyun-duyun orang nak dengar ceramahnya. Macam Mat Sabu suatu masa dulu. Tentulah ramai yang tak senang dengan apa yang dia cakapkan.
Tapi apa pun orang kata, makin lama dia makin popular, makin orang suka dengar ceramahnya.
Lepas satu-satu kontroversi ekoran daripada ucapannya. Siapa yang dia tak ‘taruk’ (kritik) dari Tuk Seri PM, Tuk Seri Zahid, menteri besar yang lain dan ramai lagi. Ada juga tuduhan yang dia perkecil baginda Sultan Selangor.
Awang harap jikalau sesiapa melebihi batas, tindakan patut diambil ke atas mereka.
Tak kiralah siapa pun dia, termasuk seorang MB.
Klik di sini untuk terus membaca