AMSTERDAM - Mungkin tidak ramai yang mengenali nama mendiang Lodewijk Frederik Ottens atau lebih mesra dengan panggilan Lou Ottens. Tanpa Ottens, cara kita merakam, mendengar dan menikmati muzik ketika ini mungkin berbeza. Ottens yang... Klik di sini untuk terus membaca

AMSTERDAM - Mungkin tidak ramai yang mengenali nama mendiang Lodewijk Frederik Ottens atau lebih mesra dengan panggilan Lou Ottens.

Tanpa Ottens, cara kita merakam, mendengar dan menikmati muzik ketika ini mungkin berbeza.

Ottens yang meninggal dunia pada usia 94 tahun pada 6 Mac 2021 adalah figura penting di sebalik penemuan pita kaset audio.

Jurutera yang pernah mencurahkan keringatnya di syarikat elektronik dan teknologi gergasi Belanda, Philips ini juga terlibat secara langsung dalam pembangunan cakera padat atau lebih dikenali sebagai CD (compact disk).

Kemunculan inovasi Ottens telah memberi impak yang signifikan terhadap perkembangan teknologi audio.

INOVATIF:

Dilahirkan pada tanggal 21 Jun 1926 di bandar Bellingwolde, Ottens menunjukkan minat yang mendalam terhadap teknologi sejak dari kecil lagi.

Semasa pendudukan tentera Nazi Jerman di Belanda pada Perang Dunia Kedua, Ottens yang ketika itu masih remaja menghasilkan radio buatan sendiri yang digunakan keluarganya untuk mendengar siaran Radio Oranje secara rahsia.

Bagi mengelak aktivitinya dikesan tentera Nazi, Ottens melengkapkan radio tersebut dengan antena khusus yang diberi nama 'Germannenfilter'.

Ketika masih bergelar siswazah di Universiti Teknologi Delft dalam bidang kejuruteraan mekanikal, Ottens bekerja sambilan sebagai juruteknik di sebuah kilang teknologi sinar-X.

Mendiang menamatkan pengajian pada tahun 1952 dan menerima tawaran kerja di kilang Philips berpangkalan di Hasselt, Belgium.

Iklan pita kaset keluaran Philips pada 1971.

PERJALANAN TERCIPTANYA KASET

Semuanya bermula apabila Ottens menyandang jawatan sebagai ketua jurutera pembangunan produk di Philips.

Ottens bertanggungjawab untuk mencipta sebuah alat audio mesra pengguna yang boleh dibawa di dalam jaket.

Setelah pelbagai usaha dilakukan, syarikatnya kemudian memperkenalkan audio kaset Philips yang pertama di pameran elektronik IFA pada bulan Ogos 1963 di Berlin, Jerman.

Tidak lama selepas itu, sebuah syarikat elektronik dari Jepun iaitu Sony juga menghasilkan kaset mereka sendiri dengan pelbagai saiz.

Melihat kepada inovasi itu, Ottens tidak berlengah apabila menandatangani perjanjian bersama Sony dan Philips untuk mematenkan kaset mereka di pasaran.

Penciptaan kaset rupanya telah membuka ruang inovasi kepada alat elektronik muzik yang lain. Sedekad selepas penghasilan kaset, Sony mula menghasilkan Walkman iaitu sebuah alat pemain kaset mudah alih.

KENAPA SONY BUKAN PHILIPS

Ottens terkenal dengan sikapnya yang tidak sentimental terhadap legasi dan ciptaannya.

Kaset ciptaan Ottens dianggap secara meluas sebagai inovasi terbesar yang melonjak industri muzik.
Kaset ciptaan Ottens dianggap secara meluas sebagai inovasi terbesar yang melonjak industri muzik.
Kaset ciptaan Ottens dianggap secara meluas sebagai inovasi terbesar yang melonjak industri muzik.

Selepas bersara pada 1986, Ottens mengakui satu-satunya penyesalan terbesarnya sebagai pencipta pita kaset adalah kegagalan Philips mencipta Walkman.

Pun begitu, Ottens memuji kreativiti dan inovasi Sony yang berjaya menghasilkan Walkman yang menjadi ikonik sejak mula diperkenalkan pada 1979.

"Saya suka apabila sesuatu yang baharu datang,” katanya semasa ditemubual Time Magazine pada 2013.

LEGASI

Ottens sendiri tidak menyangka inovasinya telah memberikan sumbangan yang besar kepada industri muzik secara global.

Sejak ciptaan pertama diperkenalkan pada 1963, lebih daripada 100 bilion kaset dijual di seluruh dunia sebelum kemunculan CD yang juga dihasilkan oleh mendiang.

Selepas era kaset berakhir, teknologi CD yang dibangunkan Ottens direkodkan terjual sehingga lebih 200 bilion.

Walaupun kaset bukanlah format paling popular dalam pasaran pada masa kini, namun kemunculan inovasinya sangat bermakna terhadap perkembangan teknologi audio. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca