SHAH ALAM - Peningkatan penemuan bangkai penyu terdampar di pantai negara ini membimbangkan apabila sebanyak 72 ekor direkodkan tahun lalu berbanding 51 ekor pada 2021. Pakar hidupan marin daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT),... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Peningkatan penemuan bangkai penyu terdampar di pantai negara ini membimbangkan apabila sebanyak 72 ekor direkodkan tahun lalu berbanding 51 ekor pada 2021.

Pakar hidupan marin daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Uzair Rusli berkata, siasatan mendapati berlaku unsur khianat terhadap haiwan laut itu berdasarkan kesan kelar pada leher.

"Pihak kami percaya ia dilakukan oleh nelayan terutama warga asing bagi menyelamatkan pukat mereka daripada rosak.

"Mereka bunuh penyu yang tersangkut kerana kebiasaan penyu akan meronta-ronta untuk melepaskan diri, maka cara paling mudah adalah membunuh haiwan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohd Uzair, keadaan tambah meruncing apabila nelayan tempatan kini didapati menggaji warga asing untuk aktiviti menangkap ikan di laut.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan memberi tumpuan mempertingkat penggunaan teknologi penangkapan lebih canggih bagi mengurangkan kebergantungan kepada nelayan asing.

"Jika peralatan tangkapan kita usang, pukat ini juga berisiko tenggelam dan terus kekal di dasar laut.

"Jadi sudah tiba masa kita ambil solusi jangka panjang untuk jaga khazanah laut,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca