BAGUSLAH Ahli Parlimen Pendang, Tuk Awang Hashim mahukan semua pihak belajar daripada apa yang berlaku pada Menteri Besar Kedah. Awang Hashim yang juga ahli Majlis Pas Pusat berkata, Sanusi terlajak dalam ucapannya. Sanusi telah didakwa di... Klik di sini untuk terus membaca

BAGUSLAH Ahli Parlimen Pendang, Tuk Awang Hashim mahukan semua pihak belajar daripada apa yang berlaku pada Menteri Besar Kedah.

Awang Hashim yang juga ahli Majlis Pas Pusat berkata, Sanusi terlajak dalam ucapannya. Sanusi telah didakwa di mahkamah semalam.

Namun demikian Awang Hashim juga kata, dakwaan ke atas MB Kedah itu tak lebih daripada bertujuan politik.

Dia anggap itu klimaks bagi tindakan untuk ‘melumpuhkan’ Perikatan Nasional (PN) Kedah.

Beliau juga mendakwa isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk tujuan tertentu. Beliau kata, dakwa di mahkamah itu tak lebih gimik politik. Betulkah begitu? Bagi Awang, isunya di sini adalah tuduhan bahawa MB Kedah ‘menghina Institusi Diraja Selangor’.

Baginda Sultan Selangor nampaknya masih murka walaupun MB berkenaan telah mengutus surat mohon ampun.

Baginda juga menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor ke Istana Bukit Kayangan.

Institusi raja amat dekat dengan rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi orang Melayu.

Wajarlah mereka tidak senang dengan kenyataan MB Kedah yang terkenal kerana cakap-cakapnya yang tak bertapis.

Selain pandangan Pas, Awang juga nak tahu apa pandangan Tan Sri Muhyiddin dalam kes ini.

Klik di sini untuk terus membaca