AWANG yang tak pandai sangat bahasa Inggeris ini diberitahu tentang perumpamaan yang lebih kurang maknanya, ‘jikalau duduk di rumah kaca, jangan baling batu kat orang lain’. Lebih kurang sama agaknya dengan peribahasa Melayu, tepuk air... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG yang tak pandai sangat bahasa Inggeris ini diberitahu tentang perumpamaan yang lebih kurang maknanya, ‘jikalau duduk di rumah kaca, jangan baling batu kat orang lain’.

Lebih kurang sama agaknya dengan peribahasa Melayu, tepuk air di dulang terkena muka sendiri.

Begitulah ibaratnya mana-mana mantan orang politik (termasuk perdana menteri dan menteri-menteri), janganlah baling batu atau tepuk air sembarangan.

Maklumlah, ada juga di antara mereka yang dulu ada rekod pasal masalah integriti. Mungkin juga ada unsur-unsur tak amanah yang ditutup atau cuba di tutup begitu sahaja.

Bak kata orang Melayu, bangkai gajah tak boleh ditutup dengan daun pisang.

Maksudnya orang nampak dan hidung akan berbau. Jadi betullah nasihat Tuk Seri PM, jaga-jagalah mulut tu, jangan terlajak cakap, susah kemudian hari.

Jikalau seseorang itu bersih macam kain putih tak apalah. Tapi kalau ada tinggal daki dan kudis di mana-mana, bila orang bongkar nanti, malu pula.

Adat berpolitik begitulah, jikalau seseorang itu berani serang, dia mestilah terima hakikat diserang balik.

Awang nak bagi nasihat pada mantan orang besar politik terutamanya pak dan mak menteri. Duduk rehat sahajalah. Yang ada harta tu enjoylah apa yang ada.

Janganlah jadi lebih kuah daripada nasi.

Klik di sini untuk terus membaca