29 Julai ini merupakan hari Penamaan Calon. Dalam masa dua minggu, pengundi di enam buah negeri akan memilih calon Dewan Undangan Negeri mereka. Jumlah pengundi yang layak adalah 9.7 juta orang.
Sebelum hari penamaan calon pun sebetulnya kempen dah bermula. Masing-masing parti dah buat macam-macam siri ceramah.
Memang pilihan raya negeri (PRN) kali ini panas. Tumpuan utamanya nak menawan hati majoriti pengundi Melayu.
Oleh sebab itu, ada yang kata, tiga buah negeri yang majoriti penduduknya Melayu akan jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN). Ada pula yang kata tak mudah PN nak tawan Kelantan, Kedah dan Terengganu. Ada peluang PH-BN rampas Terengganu.
Yang tiga negeri lagi, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, khabarnya kekal di tangan PH-BN.
Tapi Awang nak ingatkan orang politik, hati-hatilah berkempen. Jangan lupa kita tidak hidup sekadar semasa PRN. Luka yang berdarah semasa PRN tak mudah dilupakan.
Bukan sahaja kesannya sesama bangsa dan agama, tapi dalam hal perpaduan rakyat berbilang kaum. Jangan sampai menang jadi abu, kalah jadi arang.
Elaklah dari guna cara melampau. Jauhilah 3R. Beradab dan beretikalah. Dan pilihlah calon yang bersih rasuah.
Klik di sini untuk terus membaca