AWANG sangka 'Si Hulk' itu Incredible Hulk dalam wayang yang merupakan orang biasa yang tukar dirinya jadi makhluk hijau dan kuat apabila marah. Rupanya ada ajaran sesat Si Hulk. Si Hulk dalam kes ini namanya Suhaimi Mohammad.... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG sangka 'Si Hulk' itu Incredible Hulk dalam wayang yang merupakan orang biasa yang tukar dirinya jadi makhluk hijau dan kuat apabila marah. Rupanya ada ajaran sesat Si Hulk.

Si Hulk dalam kes ini namanya Suhaimi Mohammad. Orang ini mengakui Nabi Muhammad sebagai Tuhan.

Sebelum ini, tular rakaman video mengenai keluarga pelopor ajaran berkenaan. Keluarga itu menegaskan bahawa ajaran mereka benar. Khabarnya ada juga pengikut ajaran sesat ini.

Ada video yang tular tentang salah seorang pengikutnya. Tapi individu berkenaan diberitakan berada di luar negara pada masa ini.

Kegiatan kumpulan ini telah dikesan di Johor sejak tahun 2021 lagi. Khabarnya kumpulan ini terlibat dengan perniagaan air minuman. Selain Johor, Pulau Pinang juga akan mengambil tindakan ke atas pengamal ajaran itu.

Jadi pelik dan pening Awang memikirkan pada zaman ini pun ada orang kita yang percaya pada benda karut seperti itu.

Dalam hal ajaran Si Hulk ini takkanlah pengikutnya tak tahu siapa Rasulullah dan apa tanggungjawab Baginda?

Bagaimanakah dengan mudah boleh tersesat sampai begitu rupa.

Awang pun harap pihak majlis agama negeri-negeri jangan besar-besarkan sangat isu ini. Mungkin pengikut Si Hulk ini kecil sahaja. Takut pengikutnya dapat publisiti murahan apabila hal ini jadi heboh.

Kadang-kadang memang itu yang mereka mahukan – publisiti percuma.

Klik di sini untuk terus membaca