SHAH ALAM - Calon heavyweight yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) diyakini berpotensi untuk memberi kemenangan kepada parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Calon heavyweight yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) diyakini berpotensi untuk memberi kemenangan kepada parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, personaliti-personaliti besar yang dipertandingkan seperti Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sememangnya memiliki sokongan sendiri di peringkat akar umbi.

"Kita lihat BN tampilkan beberapa calon yang dianggap gergasi besar di setiap negeri seperti di Terengganu mereka tampilkan dua bekas Menteri Besarnya iaitu, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Sekurang-kurangnya ada seorang calon gergasi besar di setiap negeri.

Sivamurugan
Sivamurugan
Sivamurugan

"Pesona figura-figura itu boleh menarik sokongan pengundi dan menggerakkan jentera parti di setiap negeri untuk mencapai kemenangan,” katanya kepada Sinar Ahad.BN pada Jumaat mengumumkan bertanding di 107 kerusi DUN daripada 245 kawasan pada enam PRN nanti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 62 peratus calon dikemukakan merupakan calon muka baharu dan 18 peratus adalah penyandang sedia ada yang dicalonkan semula.

Katanya, sebanyak 20 peratus calon pula adalah mereka yang pernah bertanding tetapi menawarkan diri untuk memastikan adanya kesinambungan muka baharu dan lama.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata, tiga kombinasi calon yang diketengahkan itu perlu memainkan peranan untuk merapatkan saf, selain memastikan tiada berlaku sabotaj atau 'cah keting' dalam parti, apatah lagi ini kali pertama PRN enam negeri diadakan serentak.

"Ini juga kali pertama wujudnya pembentukan Kerajaan Perpaduan, jadi personaliti besar dan calon-calon yang telah dipilih harus memastikan bahawa mereka bukan sahaja menampakkan perpaduan di peringkat atasan tetapi di peringkat akar umbi yang boleh memastikan kemenangan selepas ini kerana jentera mereka kini bukan sekadar jentera BN,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya tentang kekuatan BN di Selangor dan Pantai Timur, Sivamurugan berpandangan peluang BN menang di Selangor bergantung kepada calon, jentera dan isu.

"Di Pantai Timur pula, saya rasa ia misi yang sukar (untuk rampas) kerana kita tahu kekuatan Pas dan PN berdasarkan keputusan PRU15. Cuma BH-PH dijangka memberi persaingan sengit,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca