SHAH ALAM - Alat letupan termampat (IED) berisiko menyebabkan efek letupan kuat sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kematian. Pakar pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, kesannya bergantung kepada jenis serta jumlah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Alat letupan termampat (IED) berisiko menyebabkan efek letupan kuat sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kematian.

Pakar pertahanan dan geostrategik, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, kesannya bergantung kepada jenis serta jumlah bahan digunakan dan gred ketenteraan akan memberikan efek letupan terburuk.

"Terdapat bahan letupan gred industri untuk lombong dan batuan. Kesan letupannya juga kuat.

"Bagaimanapun kesan letupan IED yang menggunakan bahan letupan sendiri tidak begitu kuat. Mungkin hanya tayar yang tercabut jika dipasang pada bahagian tayar kereta,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata, IED boleh diletupkan dengan mekanisme fizikal yang mengaktifkan suis keselamatannya, selain menggunakan bahan bateri.

Katanya, letupan juga boleh diaktifkan menggunakan peranti masa yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

"IED boleh dikawal dari jarak jauh misalnya guna gelombang radio melalui telefon bimbit. Ia tiada had jarak selagi talian disambungkan,” katanya.

Beliau berkata, mekanisme alat kawalan jauh sehingga dua kilometer juga boleh digunakan untuk meletupkan IED.

Klik di sini untuk terus membaca