PENUNJUK perasaan di Iran dan beberapa negara Islam mengadakan protes di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat dan Sabtu bagi membantah tindakan negara itu meluluskan permohonan aktivis untuk mencemarkan kitab suci al-Quran. Stockholm sebelum... Klik di sini untuk terus membaca

PENUNJUK perasaan di Iran dan beberapa negara Islam mengadakan protes di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat dan Sabtu bagi membantah tindakan negara itu meluluskan permohonan aktivis untuk mencemarkan kitab suci al-Quran.

Stockholm sebelum ini menegaskan bahawa tindakan membakar al-Quran adalah sebahagian daripada amalan kebebasan bersuara yang dipraktikkan negara Skandinavia itu.

Orang ramai yang gagal mengawal kemarahan bertindak membakar bendera Sweden semasa protes di Lahore. - Foto AFP

Pada Khamis, Sweden membenarkan pelarian Iraq, Salwan Momika mencemarkan al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Stockholm, kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh sebulan.

Penunjuk perasaan berarak di Teheran bagi membantah tindakan Sweden membenarkan pelarian Iraq, Salwan Momika membakar al-Quran. - Foto EPA

Pada 28 Jun lalu, Salwan bertindak biadab dan sengaja menyemarakkan lagi sentimen Islamofobia apabila membakar senaskhah salinan al-Quran di hadapan masjid utama di Stockholm ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidiladha. - Agensi

Dua lelaki memegang kitab al-Quran dan bendera Iraq semasa protes anti-Sweden di Masjid Besar Kufa berhampiran Najaf. - Foto EPA


Sorang kanak-kanak perempuan menyertai protes anti-Sweden di Beirut. - Foto EPA
Klik di sini untuk terus membaca